Posted in Hana Review, Hana Sharing

Momma Bag

Momma semua mesti ada beg khas bila keluar dengan anak-anak kan? Beg khas ala-ala poket Doraemon yang boleh isi macam-macam tu hahaha šŸ˜‚

Hana pun ada satu! Hana nak share sebab Hana suka sangat dengan momma bag Hana ni šŸ˜

Ta-Daa!

Pertama kali tengok dah jatuh cinta sebab Hana suka dengan corak dan warna momma bag ni sebab warna biru šŸ’™ dan pink šŸ’— sesuai untuk baby boy dan baby girl!

APA LAGI YANG BEST DENGAN MOMMA BAG NI?

Jom Hana tunjuk šŸ˜

Pandangan atas

Ada dua bahagian berzip dari bahagian atas momma bag ni. Satu bahagian utama, satu lagi bahagian poket kecil. Yang poket kecil tu biasanya Hana letakkan kunci kereta atau pacifier clip Harris sebab senang dicapai dan dicari di kala memerlukan.

Kalau masuk bahagian besar-besar macam kat bawah ni tau je la nanti macam masuk gua nak cari hahaha šŸ˜†

Bahagian atas momma bag – bahagian utama

Dalam bahagian utama momma bag ni ada:

  • Satu poket bersaiz sederhana dengan zip
  • Dua poket terbuka bersaiz kecil dengan insulator
  • Satu poket bersaiz besar dengan pelekat velcro. Boleh isi laptop.

Jujurnya Hana rasa bahagian poket sebelah dalam bahagian utama ni agak sedikit jadi terhad juga nak isikan barang-barang kecil.

Tapi dah jadi Momma ni apa yang tak boleh semua jadi boleh kannn šŸ˜…

Walaupun terhad, berjaya juga Hana isikan dengan sabun dan syampoo Harris, diaper, plastik diaper, berus gigi, minyak garlic, bedak.

Ohye, momma bag ni ada lagi satu mini bag.

Mini bag nampak kecil tapi boleh sumbat romper, napkin dan nursing cover

Seterusnya bahagian depan momma bag. Hana suka bahagian ni sebab banyak poket kecil boleh selit-selit. Best kalau banyak poket kecil macam ni sebab boleh isi barang satu per satu tanpa perlu campur adukkan semua barang dalam satu ruang.

Make-up set Hana, brooch, sikat Harris, semua isi sini

Sebabnya?

Nak elak macam masuk hutan belantara cari-cari barang tak jumpa-jumpa hahaha 😃

Untuk letak wet tissue dan hand sanitizer, boleh isikan di poket luar kiri dan kanan momma bag ni.

Poket berzip untuk wet tissue

Sebelah lagi poket tak ada zip. Jadi Hana letak hand sanitizer.

Keselesaan memakai momma bag ni?

Hana bagi markah šŸ’Æ! Sebab ada bahagian berspan pada bahagian tali dan belakang. Kalau momma bag jadi terlampau berat bila penuh dengan barangan pun masih tak rasa sakit pada bahu.

Tapi jangan bawa momma bag yang terlampau berat tau. Tak bagus untuk postur badan. Kalau berat sangat, gantungkan sahaja momma bag pada stroller atau troli. Ada cangkuk khas tersedia. Ada juga tali untuk dipegang dan dibawa dengan tangan jadi ada dua gaya pemakaian 😊

Fabrik bahagian belakang yang menyerap peluh. Fabrik utama momma bag juga kalis air.

Ada satu lagi poket berzip sebenarnya pada bahagian belakang ni. Tersorok sedikit. Masih boleh isi barang yang nipis macam buku nota atau iPad. Kadang-kadang Hana isi diaper. Bila pakai momma bag, macam ada bantal je rasa 🤣

Sebelum isi barang ke dalam momma bag, Hana akan letak dulu kesemua barangan yang perlu. Double-check supaya tak ada yang tertinggal, sebab kalau Hana tak buat macam ni, confirm memang ada laa yang tak bawa nanti hahaha 😁

Haa mana tak jadi poket Doraemon. Macam-macam adaaaa šŸ˜…

Terkejut Ayah Harris tengok semua barang ni. Siap tanya betul ke muat dalam momma bag Hana ni? Kalau tak muat, macam mana selama ni outing boleh cukup lengkap je kann keperluan Hana dan Harris terutamanya šŸ˜‚

Tu belum masuk lagi barang Ayah Harris pun tumpang sekaki kikiki 😜

All-you-can-put momma bag

Kagum kannn 😁

Dah lama Hana tak pakai ladies handbag macam zaman sebelum Harris lahir dulu. Sebab Hana stay-at-home-momma dan Harris juga masih fully dan direct breastfeed, jadi Hana dan Harris memang selalu bersama ke mana jua gituu. Maka, momma bag ni la yang paling praktikal sekali hehe 😚

Throwback zaman Miss Hana šŸ˜„

Siap diisi! Okayy boleh pergi holiday dah ni! Sekian sahaja perkongsian Hana mengenai momma bag. Ohh lupa bagitahu. Hana beli di Shopee. Sangat berbaloi sebab harha berpatutan dan dapat free diaper changing pad dengan stroller strap!

Momma semua suka momma bag yang macam mana? Kongsi dengan Hana yaa šŸ˜

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

One thought on “Momma Bag

Leave a comment