Seminggu dua yang lepas, penuh berita di dada akhbar dan media sosial mengenai wabak Influenza A yang hebat melanda Malaysia.
Influenza berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana. Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.
Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.
myhealth.gov.my
Hana tak terlepas dari rasa risau macam orang lain terutama parents dengan anak bawah lima tahun. Kebetulan masa minggu kemuncak tu, Harris demam selsema dengan suhu badan 37.4Β°C, namun tetap aktif bermain. Alhamdullillah, demam Harris kebah cepat selepas ke klinik dan makan ubat cecair paracetamol-250. Selepas dua hari demam, Harris sihat seperti sedia kala.
Disebabkan bekalan Tamiflu dan vaksin Influenza di klinik dan hospital seluruh Malaysia adalah terhad dan hampir habis, Hana ambil langkah berjaga-jaga antaranya adalah dengan kuarantin famili Hana di rumah. Home sweet home gituuu hehe π‘
Seingat Hana, kali terakhir Harris demam agak teruk adalah masa Harris berumur 11 bulan sebab nak tumbuh gigi. Tak tidur malam Hana dan Ayah Harris π
Jadi, genap je umur Harris satu tahun, Hana terus bagi Scott’s Emulsion. Alhamdullillah, sejak tu lama juga laa Harris tak selsema, batuk atau demam dah. Kalau tak sebelum tu, 3-4 minggu sekali Harris akan kena selsema.
Ada dua perisa Scott’s Emulsion ni. Original dan Vita Orange. Dua-dua perisa Hana beli dan bagi Harris rasa. Mula-mula Harris memang tak mau langsung! Macam-macam cara Hana cuba suap. Bubuh dalam air la, selang suap dengan bubur la, asalkan Harris makan π

Lama-lama baru laa Harris sendiri suka. Tak menangis meronta tolak-tolak dah. Hana suapkan dengan syringe, lepas tu cepat-cepat suap air. Dos sehari untuk Harris adalah 15ml (1-3 tahun). Sebab Hana guna syringe 5ml, Hana akan suap Harris tiga kali sehari; pagi, tengah hari dan petang π
Scott’s Emulsion pada Hana sangat bagus sebab mengandungi:
β€οΈ Minyak ikan Kod: Dalam bentuk pre-emulsi jadi untuk mudah dihadamkan
π Vitamin A: Untuk penglihatan dan menyokong sistem imun badan
π Vitamin D: Untuk kesihatan tulang dan gigi yang sihat, juga menyokong sistem imun badan
π Kalsium: Untuk pembesaran tubuh badan, tulang dan gigi yang kuat
Secara keseluruhan, manfaat nutrisi di dalam Scott’s Emulsion membolehkan anak-anak membesar dengan sihat dan kuat! In shaa Allah π₯°
Ohye. Hana lagi suka perisa Vita Orange berbanding Original sebab tak tahan bau ikan Kod yang agak kuat lepas tu melekat pulak bau dekat tangan walaupun dah sabun π Harris tak ada masalah, telan je mana-mana hehe.
Sebenarnya dari Harris mula-mula kena selsema masa umur tiga bulan lagi Hana dah mula cari Scott’s Emulsion ni sebab kecil-kecil dulu mama Hana pun suap Hana makan jugak! Nampak tak dah jadi tradisi turun temurun dah hehe π
Tapi rupanya kena tunggu sampai umur satu tahun dulu sebab bayi di bawah satu tahun masih tidak sesuai.
Sambil Hana scroll Facebook Scott’s Malaysia Hana nampak ada creative photo contest #ScottsWatsonsJuly2019 dan Hana pun join laaa. Bawah ni penyertaan Hana dan Harris.

Team Orange lead by Captain Harris has finally found what is to be the BEST of the SEA π
It is said containing Cod Liver Oil, Vitamin A to support normal immune function and normal vision, Vitamin D to maintain healthy bones and teeth with the help of Calcium, and of course the added of yummy orange juice specially for Team Orange π!
So beneficial for health and life! Don’t miss this finale and let’s check it out! β€οΈ
Kreatif tak gambar dan caption tu? Gigih tauu photoshoot dengan Harris hahaha nasib baik Harris memang suka mandi swimming pool π
Dannnnn ini hasilnya….

Hana dan Harris berjaya menjadi salah seorang dari 10 pemenang bertuah! π
Bawah ni gambar semasa Harris dan Ayah Harris claim hadiah kamera Fujifilm Instax Mini 9 Mickey Mouse Edition! Hana terus hadiahkan untuk Harris je sebab memang rezeki my little baby Harris Rezqi seorang ni π

Sambil menjaga kesihatan sambil menang hadiah contest, seronok tau! Alhamdulillah βΊοΈ
Sebenarnya jugak ada lagi contest lain yang Hana menang dari Scott’s Malaysia!
MENANG APA?
Nanti Hana share lain kali yaaa ehehehehhh π
Salam sayang,
Momma Hana πΉ