Sempena hari cuti umum Wilayah Persekutuan, Hana dan keluarga pergi holiday lagi! Kami ke Cameron Highlands vroomm 🚗💨
Ini kali kedua Harris bercuti ke Cameron Highlands. Sebelum ni Ayah Harris dah bawa Harris jalan-jalan seminggu sebelum 1st birthday Harris 🥰
Selesai makan tengah hari di Medan Selera Tanah Rata dan solat Jumaat di Masjid Tanah Rata, kami jalan cuci mata!
Perjalanan diteruskan ke Copthorne Hotel, tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam sepanjang di Cameron Highlands ni.
Harris memang suka berkubang atas katil hotel! 😅
Rehat-rehat dulu baru laaa kami ke Kea Farm pada sebelah petang. Dekat je bersebelahan dengan Copthorne Hotel ni so jalan kaki je ambil udara segar nyaman sejukkk ☃️
Seronok jalan di Kea Farm ni. Macam-macam adaa! Kami shopping sayur-sayuran untuk masak steambot buat makan malam 😁
Pengalaman Hana, di Kea Farm ni banyak tawaran menarik kalau nak beli sayuran dan buah-buahan dengan harga yang boleh ditawar kalau beli dengan kuantiti banyak, berbanding pasar lain dengan harga yang lebih tinggi.

Harga strawberry di Kea Farm ni rata-rata adalah RM15 sekilo tapi lain gerai lain offernya. Jadi kena rajin-rajin survey ya 😉
Harga sayur pelbagai jenis pun boleh dapat lapan bungkus untuk RM10. Pun kena rajin-rajin survey jugak 😁
Alhamdullillah sedap makan buah-buahan dan sayuran segar Cameron Highlands. Tak sia-sia bawa Tefal multicooker hehe 🍲

Lepas dinner semua tidur! Esoknya nak sambung jalan lagi!
HARI KEDUA
Cuaca sejuk ditambah pula hujan ni buat perut cepat lapar laa. Suhu waktu malam mencecah 14 darjah Celsius tau! 😅
Jadi kami terus bersiap nak bersarapan pagi di 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry 🍓 di Kg Taman Sedia.

Harga satu hidangan Nasi Lemak Abang Strawberry ni lebih kurang RM12.99 bergantung kepada menu dan belum termasuk service charge dan SST.
Lepas tu kami ke Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands.
Harga tiket masuk terbaru untuk dewasa adalah RM6.50. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 8.45 pagi hingga 5 petang, sesiapa yang jalan ke sini boleh la tengok tumbuhan dan bunga, anggur, rumah agam Inggeris lama dan lain-lain. Taman ni dah dibuka sejak tahun 1925 oleh penjajah Inggeris dan asalnya digunakan sebagai pusat penyelidikan tanaman-tanaman seperti teh dan lain-lain.
Mima Harris jalan-jalan dengan Papa Harris dan Ummi Harris je ☺️
Menyesal pulak tak masuk. Lain kali datang lagi Hana mesti nak masuk haha 😆
Selesai jalan di Taman Agroteknologi Mardi ni, kami patah balik ke Kg Taman Sedia untuk makan tengah hari di KHM Strawberries & Jam.
Harga juga sangat berpatutan! Paling sedap scones dengan jem strawberry dan whipped cream tu! Satu set hanya RM17.90 boleh makan untuk empat orang. Boleh pilih perisa teh Cameron Valley. Teh perisa Earl Grey sangat refreshing. Tak bubuh gula pun sedap 😋
Sepupu Hana bagitahu Pavlova di KHM Strawberries & Jam ni pun sedapp tapi sebab Hana datang dah petang, dah habis dah 😭
KHM Strawberries & Jam ni dibuka dari 8.30 pagi hingga 6 petang. Ohye, kalau nak petik strawberry pun boleh tau.
Selepas kenyang, kami beransur pulang ke Copthorne Hotel sambil singgah di Cactus Valley.
Bayaran masuk adalah RM8 dewasa dan RM5 kanak-kanak.
Seterusnya kami ke Cactus Point pula. Dekat je dengan Kea Farm tak sampai 2 minit perjalanan menaiki kereta.
Singgah Cactus Point lama jugak sebab sakan shopping cactus dekat sini. Cactus Point dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang dan masuk percuma 😁
Anak pokok kaktus kecil tu berharga RM2 setiap satu. Kalau beli enam dapat RM11. Dulu RM10 je untuk enam pasu. Dah naik harga! Tapi dah nak jugak, beli je la hehe.
Oleh sebab hujan gerimis pada sebelah petang, kami pun terus pulang ke Copthorne Hotel untuk berehat setelah seharian penat berholiday 🥰
HARI KETIGA
Kami berehat-rehat dan bersarapan pagi sebelum kemas untuk check-out terus.

Lepas check-out, kami terus ke Lavender Garden dan Bee Farm.

Tiket masuk ke Lavender Garden adalah RM10 untuk dewasa dan RM5 kanak-kanak berumur 5-12 tahun dibuka dari 8 pagi hingga 6 petang.
Manakala Tringkap Bee Farm pula percuma untuk semua dan dibuka dari 8 pagi hingga 7 malam.

Persinggahan terakhir kami adalah ke Sungei Palas Boh Tea Plantation yang dibuka dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang dan ditutup setiap Isnin. Masuk adalah percuma. Waktu ni dah tengah hari dah tapi masih sejuk sebab lokasi ladang Boh ni di puncak Cameron Highlands.
Jujurnya, Cameron Highlands sekarang dah tak sesejuk seperti 10 tahun dan 15 tahun lepas. Penangan global warming dan ozone depletion 😢
Jom cuci mata pulak dalam kedai serbaneka Boh.

Harris: Ehh posing dulu, Momma nak snap gambar!
Dalam kedai serbaneka Boh ada macam-macam pilihan perisa teh tau. Ada yang premium, ada yang biasa, ada yang plain, ada yang perisa buah dan bunga, ada jual mug, eh macam-macam lagi la 😆
Cuma Hana perasan harga teh Boh yang dijual di Boh Plantation ni lebih kurang sama dengan kedai biasa yang bukan di Cameron Highlands. Kalau harga yang dijual di kilang Boh ni lebih rendah dari kedai biasa, mesti rasa nak borong sakan hahaha 😍
Ohye. Di Boh Tea Plantation ni ada lawatan kilang yang tunjuk mesin dan cara daun teh diproses. Boleh semak waktu lawatan bersama tour guide di bahagian hujung kedai serbaneka Boh.

Ambil masa 2 jam jugak nak tawaf habis Boh Plantation ni termasuk menjamu selera 😂

Selesai di Boh Plantation, Hana dan keluarga pun bergerak pulang. Sebelum balik terus, kami singgah lagi di Kea Farm untuk borong sayur, strawberry, jagung, jambu epal, kaktus dan semua la yang boleh diborong. Kan Hana dah bagitahu best shopping dekat Kea Farm. Memang berbaloi-baloi 🤣

Harris suka sangat strawberry 🍓
Ini tempat menarik lain yang ada di Cameron Highlands ni.
🍓 Bharat Valley Tea House (laluan Tapah)
🍓 Bharat Valley Tea House 2 (laluan Simpang Pulai)
🍓 YZ Agro Farm (dibuka 8.30 pagi hingga 6 petang)
🍓 Ladang Anggur Bertam Valley (dibuka 9 pagi hingga 5 petang)
🍓 Pasar Malam Brinchang (Jumaat dan Sabtu)
🍓 Butterfly Garden (9 pagi hingga 6 petang)
Tiket Dewasa RM7, Kanak-kanak RM5
🍓 Orkid and Rose Garden (dibuka 9 pagi hingga 6 petang)
Tiket Dewasa RM8, Kanak-kanak RM6
Hana tak sempat ke Pasar Malam Brinchang di lokasi baru tu sebab masa tak mengizinkan. Dah 3 hari di Cameron Highlands pun tak sempat jugak hahaha. Lain kali Hana nak jalan lagi ke Cameron Highlands nak masuk tempat yang tak sempat masuk. Ikutkan memang banyak lagi tempat. Kena duduk seminggu kot baru habis tawaf satu Cameron Highlands ni hehe 🤭
In shaa Allah kalau nanti ada umur sampai lagi Hana share lagi ya 🥰
Salam sayang,
Momma Hana 🌹





















































































One thought on “Cameron Highlands”