Posted in Hana Sharing

Hati VS Material

Pagi semalam Hana sedih sangat sebab Harris baling Tarte Eyeshadow Pallete Hana jatuh katil sampai pecah dan hancur colour palletes tu 😭

Lagi sedih, Tarte Eyeshadow Pallete ni sebenarnya hadiah birthday šŸŽ Hana dari Mommy Harris; iaitu kakak Hana. Ada sentimental value gitu, nak guna pun jimat-jimat sayang takut habis cepat 😢

Hana tengah sibuk kemas bersiap nak keluar, tak perasan rupanya Harris pun sibuk selongkar balik momma bag Hana yang baru siap dipack atas katil.

Tiba-tiba je dengar bunyi POPPPP! atas lantai dan..

WHAA! Hancur bersepah dah! Sama macam hancurnya hati Hana rasa macam nak nangis tapi tak mampu nangis sebab lebih rasa nak marah! Grr!

Hana tahu sekarang memang Harris dalam fasa suka baling barang lepas tu cakap, “Jatuhh..”

Hana tahu Harris buat macam tu sebab tengah fasa belajar cause and effect.

Dan Hana juga tahu Harris belum mengerti apa-apa kalau kena marah pun Harris akan nangis sebab takut šŸ˜”

Hana terus pergi ambil eyeshadow pallete dan tunjuk kat Harris sambil cakap, “Why you did that to my make up pallette??” Emm tengah marah automatic je speaking haha šŸ˜†

Muka tak bersalah, “Opp-ooo!” Grrr

Harris terus cebik mulut, nak nangis. Hana tak tinggikan suara pun cuma nada je lebih tegas! Bagi Harris tahu Momma boleh tukar jadi garang macam harimau! Aumm! 🐯

Tapi tengok Harris mula sedih, tiba-tiba hati Hana jadi sayu. Sedih tengok Harris sedih. Perasaan Hana berbelah bagi nak marah atau nak biarkan?

Cara Hana, selalunya Hana akan diamkan diri bila marah dan cuba distract diri sendiri fikirkan hal lain sementara.

Jadi Hana letak eyeshadow pallete tu atas dressing board dan terus turun ke tingkat bawah, tinggalkan Harris dengan Ayah Harris.

Hana bukan turun pergi merajuk tau. Tapi memang tengah sibuk masak nasi Harris untuk bawa bekal šŸ˜‚

Masa ni, macam-macam ada dalam fikiran. Nak marah Harris ke? Nak tepuk tangan Harris tak? Nak senyum je dekat Harris? Kalau biarkan je tak apa ke nanti Harris ulang lagi??

Wuu tak boleh fikir!

Hana cuba jugak pujuk hati perlahan-lahan. Sambil muhasabah diri dan ingat balik memori yang baik-baik.

Harris memang anak yang ceria dan bijak. Selama ni Hana dan Ayah Harris seronok sangat layan telatah Harris. Selalu galakkan Harris bermain dengan bebas selagi mana tak melampaui batas dan paling penting, persekitaran Harris selamat untuk dibiarkan bergerak dengan aktif. Asah gross motor skill.

Kalau Hana marah, Hana tak mahu Harris terus trauma dan takut untuk aktif lagi. Dalam masa yang sama Hana nak Harris juga faham yang apa Harris buat tu adalah salah! Hmm complicated kan? šŸ˜…

Hana juga mahu jadi contoh yang baik untuk Harris terutama dalam anger management. Jadi langkah pertama untuk Harris belajar, adalah menerusi contoh yang Harris tengok pada Hana dan Ayah Harris. Lead by example gitu hehe šŸ˜Ž

Hana juga teringat balik saat Harris lahir. Gembiranya hati Hana saat dapat dakap Harris kali pertama. Syukur Allah kurniakan Rezqi ni untuk Hana dan Ayah Harris.

Lama-lama hati Hana pun sejuk balik. Hana pujuk lagi hati, kalau Hana marah Harris, mesti hati Harris pula terluka. Dan Hana tak mahu perkembangan psikologi Harris terganggu di saat sel-sel otak Harris pesat berhubung!

Ohye. Hana dan Ayah Harris perasan yang Harris ni jenis sensitif. Harris akan pendam dan merajuk. Cara untuk didik Harris adalah dengan kelembutan. Ini juga cara arwah papa Hana dulu. Tak perlu tinggi suara tetapi cukup dengan penjelasan intipati yang jelas dan dalam masa yang sama tetap tegas untuk Hana dan adik-beradik faham pendirian yang perlu kami ikuti ā˜ŗļø

Pernah Hana usik Harris, Hana acah-acah cakap tak mahu bagi Harris direct bfeed, Harris tarik-tarik Hana, Hana gelak-gelak je. Lepas beberapa kali Hana usik, Tiba-tiba Harris betul-betul tak mahu direct bfeed lagi! 😭

Hana pulak kena pujuk beberapa kali sambil minta maaf pasal usikan tu. Sorry my baby. Barulah Harris elok dan gembira semula cari Hana nak susu 🄰

Semua yang Hana buat ni juga adalah untuk latih Harris supaya jangan ego untuk meminta maaf dan kekasaran bukanlah cara terbaik untuk selesaikan masalah.

Alhamdullillah. LepasHana tenang semula, Hana peluk Harris kuat-kuat untuk ingatkan diri Hana yang barang yang rosak, semua material tu boleh dibeli baru, tapi baby boy seorang ni je yang bertakhta di hati tak ada galang ganti ā¤ļø

Tapi bukan juga maksud Hana biarkan saja Harris tau. Hana ambil eyeshadow pallete dan tunjuk semula pada Harris, tak boleh baling-baling barang momma. Kalau pegang, kena letak elok-elok sambil Hana demonstrasikan pada Harris dan ajak Harris buat sama, “Put down slowly and properly”.

Nak tahu apa jadi?

Harris ikut Hana, ambil dan pegang, dan letak semula ke atas lantai perlahan-lahan sambil mengekek ketawa dan ulang-ulang semula. Dah jadi aktiviti playschool pulak 🤣

Sebelum ni bila Hana dan Ayah Harris sebut, “Don’t throw things” sebenarnya lagi sakan Harris baling! Amboi melawan! Haha! Kena lembut-lembut dan explain betul-betul, baru Harris lebih mudah faham dan terima. Aiyo anak manja ni šŸ’†ā€ā™€ļø

Ehh boleh kumpul dan guna balik la! 🤩

Tadaaa! Selesai masalah! Anak gembira Momma suka Ayah lega! Ayah Harris baru pujuk Momma jugak nanti nak belikan baru je heheh 😜

Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya.

Pepatah Melayu lama

Betulkan pepatah ni?

Bagi Hana, yang terutama sekali sebelum kita memilih cara untuk mendidik anak-anak kita adalah dengan mengenalpasti personaliti dan memahami perasaan mereka. Bila cara kita bersesuaian dengan jiwa anak-anak, sebenarnya mudah je didikan kita untuk mereka dan family bonding tetap kekal erat biar apa pun dugaan mendatang.

So momma semua ada pengalaman parenting lain jugak tak? Jom share 😃

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment