Petang ni, aktiviti Hana dengan Kakak Natalia adalah projek Coloured CarParks untuk adik Harris dan adik Noah! š
Bahan-bahan diperlukan adalah :
ā¤ļø Kadbod Kitar Semula
š§” Pensel dan Pembaris
š Krayon
š Pen Magik
š Kereta Mainan Pelbagai Warna

Mula-mula, lukiskan garisan dengan pensel dan ukur dengan pembaris. Buat petak mengikut bilangan warna kereta mainan yang ada.
Natalia buat enam petak sebab kereta mainan Harris ada enam warna; Merah, Biru, Kuning, Hitam, Kelabu dan Silver.
Kalau kereta mainan ada banyak warna lagi best! š
Lepas buat petak dengan pensel, Natalia warnakan garisan dengan Pen Magik pula.

Lepas siap buat garisan berwarna untuk kesemua petak, warnakan bahagian dalam petak dengan krayon š

Dah siap semua warna petak, susunkan kereta mainan ššš

Ohye, jangan lupa tuliskan nama warna š
Dah siap! Tak sabar nak main dengan Harris dan Noah!
Nanti Hana sambung dalam PlaySchool 06 – Coloured CarParks yaa š
Salam sayang,
Momma Hana š¹
One thought on “Arts & Crafts 03 – Coloured CarParks”