Posted in Hana Sharing

TLM Baby Expo MITC Melaka

Harini Hana ke TLM Baby Expo di MITC Melaka yang bermula dari 6 Mac hingga 8 Mac 2020.

Tak silap Hana, ini baby expo yang pertama di Malaysia untuk tahun 2020 ni. Baby expo yang lain terutama di KL dan Selangor semuanya samada dibatalkan atau ditunda lantaran serangan wabak COVID-19 yang dah meningkat kepada 83 kes positif berbanding 55 kes positif sehari sebelum 😰

Syabas Hana ucapkan untuk pihak pengurusan MITC Melaka kerana menjalankan langkah saringan awal dengan mengambil suhu pengunjung di pintu masuk serta menggalakkan penggunaan hand sanitizer 😊

Selesai saringan suhu badan, Hana dan Ayah Harris pun melangkah masuk dengan gembira. Harris tak melangkah apa-apa sebab Harris sedap kena dukung selesa duduk dalam baby carrier je hahaha 😆

Directory di Pintu Masuk TLM Baby Expo. Dekat sangat tengok tu boleh baca ke Ayah Harris oii hahaha 🤣

Ada 142 booth yang disertai pelbagai exhibitors. Jom kita masuk tengok 😃

Di Registration Counter ni biasanya kita perlu isi nama dan beberapa maklumat ringkas seperti emel. Nanti boleh dapat goodies bag kecil TLM Baby Expo yang berisi brochure tau!

Registration Counter

Hana pernah daftar dah dulu masa ke TLM Baby Expo di MITEC tahun lepas so kali ni tak rajin pulak nak daftar. Oh ye, perlu like Facebook TLM Baby Expo jugak yaa 😄

Anakku
Wow ada rompers handsome 😁
Humaira Store
HUGOBaby
Siapa nak cari baju raya boleh cari kat sini 😂
Motherhood.com.my
Besar booth Motherhood.com.my 😮
Didiiii and frienddddds! 😚
MamyPoko! Buy more, save more!
Mojo
Stroller di booth Fairworld
Carseat di booth Fairworld
Booth SSPN-i

Hana paling suka ada booth untuk daftar SSPN-i ni. Nanti Hana cerita lagi lanjut manfaatnya ya 😍

Dewan MITC besarrr

Sebab dewan dalam MITC ni memang besar dan luas, TLM Baby Expo ni nampak kecik je haha 😅

Bagi setiap pembelian RM300 ke atas dalam satu resit juga layak untuk mendapat baby photoshoot percuma! Juga ada penyertaan lucky draw untuk pembelian RM200 ke atas!

Jujurnya, Hana lihat agak kurang exhibitors dengan brand yang terkenal. Tambahan pula, ada juga exhibitors yang tak berapa berkaitan dengan tema baby expo.

Selain exhibitors yang Hana tunjukkan dalam gambar di atas, ada juga booth StemLife, Prudential BSN Takaful, Learn English with Noddy Malaysia, dan lain-lain.

Oh ya. Di bahagian belakang baby expo ni ada mini stalls dan meja bulat untuk pengunjung makan-makan. Tapi tidak bersesuaian untuk Muslim yaa 😓

TLM Baby Expo kali ini juga tiada mini contest seperti di penganjuran baby expo sebelumnya. Dulu Harris pernah join Crawling Contest hahaha 😜

Dalam lebih kurang masa satu jam, Hana dan Ayah Harris pun selesai round. Harris? Lena tidur 🤭

Dah habis cuci mata dalam baby expo, boleh sambung cuci mata di luar dewan. Perfume, popcorn, mango juice pun ada!

Selepas habis round luar dewan, Hana dan Ayah Harris pun balik. Dah naik kereta baru Harris bangun kesian Harris tak jalan-jalan pun 😂

Okaylah itu je Hana nak share hehe. Kalau mommies nak pergi ke TLM Baby Expo ni, sempat lagi pergi Sabtu dan Ahad, 7 Mac dan 8 Mac 2020. Hari Jumaat 6 Mac 2020 harini baru hari pertama.

Nanti mommies semua dah pergi share la dengan Hana shopping barang apa yaa 😍

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

One thought on “TLM Baby Expo MITC Melaka

Leave a comment