Sempena Hari Wanita Sedunia yang jatuh hari ini, Ahad 8 Mac 2020, Ayah Harris W312tukar shift dengan Hana jadi chef hahaha π
Ayah Harris buat menu nasi ayam yam yam yam π
Mula-mula, ayam yang telah dibersihkan direbus dengan halia terlebih dahulu.

Bila dah siap, air rebusan ayam ni boleh digunakan untuk masak nasi pula jadi ekstrak ayam tu akan turut dirasai dalam nasi. Lebihan lagi boleh dibuat sup π
Ayam yang direbus tadi, diperap pula dengan sos tiram dan kicap manis sebelum dipanggang.
Untuk buat kuah sos cili, hanya perlu blend cili merah dengan bawang putih, dan masukkan sedikit gula dan titisan limau. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukup rasa.
Siapkan sayur-sayuran seperti salad dan tomato dan…. Nasi Ayam Kasih Sayang Untuk Isteri Tercinta β€οΈ siappp!

Terima kasih Ayah Harris sebab bagi Momma Hana rehat masuk dapur harini π
Dan bukan untuk hari istimewa ni je. Terima kasih juga sebab Ayah Harris selalu tolong Momma Hana buat kerja rumah setiap hari dan selalu ada dan sokong Hana dalam apa jua perkara yang Hana buat.
PS: Ayah Harris tanya tak ada International Men’s Day ke hahaha π
Ada! Ini jawapan yang Hana jumpa!

Salam sayang,
Momma Hana πΉ