Semalam macam yang Hana cerita masa Hana jalan-jalan di TLM Baby Expo MITC Melaka, ada booth SSPN-i ni.
Makanya tanpa membuang masa Hana terus tarik Ayah Harris bertanyakan info lebih lanjut sebab sebelum ni Hana dah pernah layari laman web rasmi SSPN-i Plus ni tapi ada beberapa persoalan yang belum terungkai 😆
Apa itu SSPN-i Plus?

SSPN-i Plus ni adalah Pelan Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional di bawah PTPTN yang lengkap dengan Perlindungan Takaful Komprehensif serta merta untuk anak-anak kita sekiranya berlaku apa-apa kepada kita.
Manfaat SSPN-i Plus?
Ada banyak manfaat kalau menyimpan dalam SSPN-i Plus ni antaranya :


Selain itu, komitmen bulanan pula hanyalah serendah RM30 atau hanya RM1 sehari, mengikut pakej yang ada 😃
Antara tawaran pakej simpanan :
❤️ Pakej Intan RM30 (Simpanan RM20 + Takaful RM10)
🧡 Pakej Delima RM50 (Simpanan RM40 + Takaful RM10)
💛 Pakej Topaz RM100 (Simpanan RM90 + Takaful RM10)
💚 Pakej Intan RM200 (Simpanan RM180 + Takaful RM20)
💙 Pakej Nilam RM300 (Simpanan RM270 + Takaful RM30)
💜 Pakej Berlian RM500 (Simpanan RM200 + Takaful RM300)
Perlindungan takaful pula merangkumi :
- Kematian/Ilat Kekal (Kemalangan)
- Kematian/Ilat Kekal (Biasa)
- Ilat Kekal dan Separa (Biasa dan Kemalangan)
- 36 Penyakit Kritikal
- Elaun Kemasukan Hospital
- Khairat Kematian

📌 Nota: Kesemua manfaat takaful ni hanya melindungi pendeposit sahaja. Manakala Khairat Kematian melindungi pendeposit dan pasangan serta maksimum tiga orang anak.
Syarat-syarat SSPN-i Plus?
📝 Pendeposit (ibubapa) :
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 18 tahun hingga 64 tahun
📝 Penerima manfaat (anak-anak) :
- Warganegara Malaysia
- Berumur antara 1 hari hingga 29 tahun
📝 Pendeposit WAJIB mengisi borang Potongan Gaji/ Auto Debit/ Direct Debit untuk bayaran bulanan.

Mudah je kan syarat-syarat untuk membuka akaun SSPN-i Plus? Baby baru lahir pun dah boleh ada akaun sendiri!
📌 Nota: Setiap akaun untuk anak hanya boleh mempunyai seorang pendeposit (ibu atau bapa) sahaja tetapi anak boleh mempunyai pendeposit lain dengan akaun berlainan.
Contohnya, Ayah Harris buka akaun pakej Zamrud untuk Harris. Dalam masa sama Hana juga boleh buka akaun dengan pakej Topaz untuk Harris. Kalau Hana nak buka akaun pakej Zamrud yang sama pun boleh 😉
Tetapi, Hana tak boleh buka dua akaun serentak untuk Harris. Harris boleh mempunyai dua akaun tetapi Ayah Harris dan Hana masing-masing sebagai pendeposit berlainan.
Di bawah ini adalah ilustrasi manfaat keseluruhan yang akan diperolehi Harris :


Jadi Harris ada dua akaun SSPN-i Plus di mana manfaat yang akan diterima juga adalah dari kedua-dua akaun secara berasingan dan bukan dikira secara langsam dari satu akaun sahaja (contoh anggaran manfaat Simpanan sahaja untuk Harris adalah RM68,821 + RM34,410 = RM103,231!)
Dengan cara ini juga, Ayah Harris dan Hana masing-masing akan mendapat perlindungan takaful kerana setiap akaun hanya melindungi pendeposit sahaja!
Berikut adalah rumusan simpanan keseluruhan bagi keenam-enam pakej berdasarkan anggaran purata dividen tahunan 4.25% untuk sepanjang tempoh simpanan terkumpul selama 20 tahun.


Pengeluaran wang dari akaun SSPN-i Plus ini boleh dilakukan selepas tempoh TIGA (3) TAHUN akaun dibuka dan baki minimum yang mesti ada di dalam akaun adalah RM1,000.
Bagi akaun yang tidak aktif (tiada bayaran sehingga dua bulan berturut-turut), akaun akan ditutup dan duit simpanan beserta dividen akan dipulangkan kepada pendeposit.
📌 Nota: Bagi setiap pembukaan akaun SSPN-i Plus ni, setiap anak negeri layak dapat sumbangan RM50 dari kerajaan negeri kelahiran masing-masing. Harris anak Selangor nanti kena tuntut dekat kerajaan negeri Selangor hehe.
Untuk pertanyaan dan info lanjut mengenai SSPN-i Plus ni, mommies semua boleh hubungi :
☎️ Careline 03 – 2193 3000
Alhamdulillah selesai buka akaun SSPN-i Plus untuk Harris. Hana dan Ayah Harris sebenarnya memang menekankan kepentingan pelajaran dan pendidikan untuk Harris tak kira apa jua bidang yang bakal Harris ceburi nanti. Jadi tabung simpanan pendidikan ni bagi Hana amat perlu demi masa depan Harris.

Semoga ianya membawa manfaat kepada anak-anak dan keluarga dan seterusnya kepada masyarakat, agama dan negara kita kelak, in shaa Allah aamiin 😘
Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!
Salam sayang,
Momma Hana 🌹