Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 09 – Nursery Rhymes

Harini Hana dan Ayah Harris cuci dan disinfect semua toys Harris!

Bubuh semua toys dalam besen. Isi air.

Bubuh sabun dan Dettol 😃

Uuu bubbles!

Harris ingat ni sesi toys dan teddy dia mandi hahaha šŸ˜‚

Alamak Mommaaa! Didi lemas! 🤣

Kecuali Didi. Harris tak bagi basuh Didi. Sayang sangat dengan Didi dia hahaha.

Selamatkan Didi! šŸ˜…

Lepas rendam, Ayah Harris pun jemur. Kita tunggu petang la baru siap kering bersih suci murni 😘

Sebab Harris dah mula tak tentu arah tak ada toys dia, Hana pasangkan kartun di tv. Selalunya Harris akan tonton educational cartoons dan nursery rhymes yang Ayah Harris download di Youtube, lepastu bubuh je dalam thumbdrive hehe.

Hana dan Ayah Harris tak pernah bagi Harris tengok kartun directly dari YouTube melalui handphone atau iPad sebagai satu cara untuk elak screen addiction šŸ˜‚

Tapi Hana tetap tak nafikan educational cartoons yang ada semua bermanfaat untuk anak-anak contohnya macam kartun ABC, Alif Ba Ta, dan lain-lain. Jadi Hana dan Ayah Harris akan pilih sendiri kartun yang boleh Harris tonton ā˜ŗļø

Selain Didi & Friends dan Pinkfong, antara nursery rhymes yang Harris suka adalah Dave & Ava.

Tiap-tiap hari tengok sampai hafal dah Harris. Faham je apa kartun tu suruh kannn hahaha šŸ˜†

Esok sambung aktiviti PlaySchool macam biasa yeaa! Tunggu Hana update yaa šŸ˜

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

2 thoughts on “PlaySchool 09 – Nursery Rhymes

Leave a comment