Posted in Hana Sharing

Anjung Spotter KLIA

Bila perlu #StayAtHome, baru teringat semula dulu-dulu masa pergi jalan sini sana 😁

Baru teringat jugak bulan Februari sebelum ni Hana dan Ayah Harris bawa Harris tengok aeroplanes mendarat dekat KLIA haha šŸ˜‚

Tapi, nak tengok aeroplanes betul-betul di KLIA atau KLIA2 memang nampak halus je āœˆļønanti. Jadi, Ayah Harris bawa ke Anjung Spotter KLIA untuk view yang lagi dekat, jelas dan real! šŸ˜

Pemandangan di bahagian belakang – hangar

Anjung Spotter dibuka setiap hari dari jam 7 pagi ke 7 malam.

Kami tiba pada jam 5.55 petang selepas solat Asar. Ramai betul pengunjung! Aeroplanes mula mendarat dengan banyaknya bermula jam 6.10 petang. Nasib baik ada tempat duduk lagi 😊

Sambil menunggu āœˆļø

Petang hari kami pergi ke Anjung Spotter ni adalah waktu aeroplanes mendarat. Ada hari lain yang boleh tengok aeroplanes berlepas. Kalau nak tahu hari apa aeroplanes mendarat atau berlepas tu Hana tak pasti pula macam mana šŸ˜…

Best kann? Harris yang paling teruja sekali! Harris memang suka aeroplanes sebab dari kecil, setiap pagi dan petang boleh tengok aeroplanes lalu atas rumah šŸ˜

Sebenarnya berdekatan Anjung Spotter ni, ada lagi spot berdekatan yang boleh tengok view aeroplanes dari bawah. Tapi sebab terlampau ramai orang dan bunyi aeroplanes lagi kuat, kami hanya bersantai di Anjung Spotter sebab tak mahu Harris takut šŸ˜…

Tengok dari dalam kereta je

Ohya! Bila keadaan dah reda dari pandemik Covid-19 ni nanti, sesiapa yang nak ke Anjung Spotter ni, boleh waze terus Anjung Spotter šŸ˜‰

Salam sayang,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment