Movement Control Order ditambah 14 hari lagi sehingga 14 April 2020, berkuatkuasa serta-merta!
Alhamdulillah, Hana ambil dari sudut positif, bolehlah Hana dan Ayah Harris luangkan lebih banyak masa dengan Harris! Bermakna lebih banyak PlaySchool untuk Harris! 😍
PlaySchool Harris hari ini lebih kepada sensory play. Picit dan perah sponge!
Barang-barang yang diperlukan adalah :
❤️ Air berwarna (tambahan food colouring warna hijau ni adalah idea Ayah Harris)
🧡 Bucket kecil
💛 Sponge
💚 Botol Kaca
💙 Bib
💜 Playmat

Dah siap semua, jom kita mula!
- Isi air warna hijau tu ke dalam bucket.
- Letak botol kaca di sebelah bucket.

- Beri Harris pegang sponge.
- Ajar Harris picit sponge untuk serap air warna hijau.

- Dan perah semula ke dalam botol kaca!

Harris ulang sampai tak mahu berhenti main!
Suka betul main air 😂
Sambil tu Ayah Harris ajar sekali perbezaan empty dan full macam dalam nursery rhymes Super Simple yang Harris selalu tengok 😊
Manfaat PlaySchool kali ni :
✔️ Latihan motorskill halus (grasp practise)
✔️ Latihan kognitif
✔️ Latihan komunikasi
✔️ Latihan sensori
✔️ Tingkatkan orientasi mata-tangan
✔️ Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
Sekian untuk PlaySchool Vol 12. Nanti Hana sambung lagi untuk PlaySchool seterusnya yaa! 😘
Salam sayang,
Momma Hana 🌹