Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 25 – Car Crash Tower

PlaySchool untuk Harris kali ni adalah berkonsepkan cause-and-effect 😊

Untuk PlaySchool Car Crash Tower ni, Harris main kereta dan apabila kereta berlanggar dengan cawan kertas yang disusun dalam bentuk tower, tower runtuh dan kereta terbabas! šŸ˜…

Bahan-bahan : cawan kertas dan kereta mainan jenis pull back.

APA ITU CAUSE-AND-EFFECT?

Cause-and-effect adalah aktiviti yang menunjukkan kesan atau akibat apabila sesuatu berlaku atau dilakukan.

Contoh mudah untuk memahami konsep ini; Harris ketuk belon dan apabila belon meletup, menghasilkan bunyi POPP!

Pembelajaran cause-and-effect ini sebenarnya penting bagi membantu anak-anak mengenalpasti keadaan/masalah dan seterusnya mencari punca/ penyelesaian ā˜ŗļø

Contoh mudah lain, Harris pegang teddy, tiba-tiba Harris terlepas teddy dari tangan dan teddy jatuh. Jadi Harris perlu tunduk untuk angkat semula teddy dari atas lantai.

Nak lagi faham, jom tengok Harris demonstrates konsep cause-and-effect dalam PlaySchool šŸ˜‰

Perasan tak, masa bermain PlaySchool Car Crash Tower ni, perasaan seronok, sedih, kecewa, teruja, semua Harris tunjukkan. Jadi secara tidak langsung, perkembangan emosi Harris turut diransang šŸ˜€

Walaupun nampak mudah, tapi manfaat keseluruhan untuk Harris dari PlaySchool Car Crash Tower :

ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
🧔 Latihan motorskill
šŸ’› Latihan perkembangan emosi
šŸ’š Tingkatkan orientasi mata-tangan dan
šŸ’™ Tingkatkan kreativiti ketika menyusun tower
šŸ’œ Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa

Sekian untuk PlaySchool Vol 25. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! 😘

Yang teruja,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment