Bersambung dari PlaySchool 26 – Egg Painting, kulit telur yang dah siap Harris warnakan tu sekarang Hana jadikan bahan untuk PlaySchool Egg Smashing ni pulak š

Kali ni main dekat laman rumah ambil angin pagi š
Aktiviti PlaySchool kali ni selain melibatkan motor kasar, ia juga dapat meransang perkembangan emosi Harris di mana Hana cuba latih Harris untuk jadi lebih berani dan berkeyakinan! š
Cuba tengok video Harris smash!
Ohye! Ada mommies risau nanti anak-anak comel kita ni buat sama macam ni dekat telur baru beli?
Emm sebab tu Hana buat dulu aktiviti egg painting! Supaya Harris tahu kulit telur yang dah diguna dan diwarnakan sahaja yang boleh main untuk egg smashing ni! Hehe š

Macam biasa bila habis sahaja setiap PlaySchool, kali ni tetap tak terkecuali. After Harris smash! Harris must clean up all the mess! š

Manfaat PlaySchool Egg Smashing ni :
ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
š§” Latihan motorskill kasar
š Latihan perkembangan emosi
š Tingkatkan orientasi mata-tangan
š Tingkatkan keyakinan
š Tingkatkan keberanian
Ada sambungan lagi tak? Mestilah ada! Jom sambung PlaySchool 28 – Egg Tray Jumping! š
2 thoughts on “PlaySchool 27 – Egg Smashing”