Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 29 – Matching Socks

Sebab musim PKP ni kita kena #StayAtHome, stokin dan kasut Harris semua pun dah outgrown šŸ˜‚

Tapi ada cara lain nak guna stokin ni tau. Kita main untuk PlaySchool! šŸ˜‰

Satu stokin, satu bangku

Hanya sebelah stokin sahaja yang diletakkan di atas bangku. Lagi sebelah ada dalam bucket yang Ayah Harris pegang.

Dah susun stokin mengikut warna di atas bangku yang berbeza, sekarang Harris hanya perlu ambil sebelah stokin dari Ayah Harris dan padankan dengan sebelah stokin yang lain! šŸ˜„

Mula!

Mula-mula Harris ambil stokin dan padankan di atas bangku macam yang Ayah Harris ajar. Pusingan kedua, Harris ambil dua-dua bagi dekat Ayah Harris pula, change of game šŸ˜…

Tak apa la Harris. Momma bangga Harris boleh berfikir di luar kotak dan berani ambil keputusan sendiri asalkan masih di landasan yang benarr yaa nakkk haha šŸ‘

Hiyarkkh!

Selain meransang perkembangan minda, PlaySchool ni juga dapat membantu perkembangan motorskill kasar Harris dengan pergerakan lincah ke sini ke sana ke sini ke sana 🤣

Manfaat lain dari PlaySchool Matching Socks ni lagi adalah :

ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
🧔 Latihan motorskill
šŸ’› Tingkatkan kreativiti
šŸ’š Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa

Sekian untuk PlaySchool Vol 29. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! 😘

Yang setia di rumah,
#StayAtHomeMomma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment