Kebelakangan ni Harris rajin tolong Momma buat house chores termasuklah jemur baju š
Sebab Harris suka main cloth pegs jugak, Hana buatkan satu aktiviti untuk PlaySchool Harris iaitu Coloured Cloth Pegs!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah cloth pegs yang berwarna-warni dan satu keping kadbod yang diwarnakan depan dan belakang macam gambar di atas.
Harris hanya perlu mengepitkan cloth pegs mengikut warna masing-masing ke dalam kawasan warna yang ditandakan di atas kadbod.
Senang je kan? Tapi cabaran sebenar adalah untuk Harris memegang, memicit dan mengepit cloth pegs ke atas kadbod tu! Penting tau untuk perkembangan motorskill halus Harris (grasp practise dan pinch practise). Tak sabar Harris dibuatnya hahaha š¤£
Selain perkembangan motorskill, kognitif Harris pun berkembang apabila Harris terus belajar mengenai warna š
Manfaat PlaySchool Colourful Cloth Pegs yang lain adalah :
ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
š§” Latihan motorskill
š Tingkatkan orientasi mata-tangan
š Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
š Tingkatkan pengetahuan mengenai warna
Sekian untuk PlaySchool Vol 31. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau š
Yang rajin jemur baju,
Momma Hana š¹