Lepas belajar pasal warna, ABC dan 123, Harris belajar bentuk pula untuk PlaySchool kali ni 😉
Okay cara bermain PlaySchool ni, senang je. Hana print beberapa keping template sheet yang sesuai dengan beberapa item yang Hana dah sediakan.

Hana sediakan square cookies, round (circle) cookies, stiker glow in the dark bentuk teddy bear dengan stiker glow in the dark bentuk star!
Letakkan dalam satu bekas, dan minta Harris asingkan setiap satu bentuk ke atas kertas dengan bentuk yang sama!
Pening kepala Hana sebab Harris asyik makan je biskut-biskut tu dah makan lari pulak hahaha 🤣
Ikutkan, Harris memang dah kenal dengan bentuk star, moon, square, teddy, dan beberapa bentuk lain lagi.
Tapi Harris memang pantang nampak makanan nanti nak mamamm aje! Nampak gayanya lain kali Hana kena tukar dengan bahan yang bukan makanan, mungkin baru Harris boleh lagi fokus 😅
Manfaat PlaySchool Shapes Learning untuk Harris :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Tingkatkan pengetahuan mengenai bentuk
💚 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💙 Tingkatkan kesabaran Teacher Hana hahaha 😅
Ohye! Hana buatkan printable sheet yang ada pelbagai bentuk. Kalau mommies nak guna jugak, download je ya Hana kongsikan foc je dengan mommies semua 😘
Sekian untuk PlaySchool Vol 32. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau 😘
Yang suka makan biskut,
Momma Hana 🌹







