Hana buat satu projek khas untuk Harris sejak umur Harris cecah 20 bulan minggu lepas š
Projek yang Hana buat adalah projek Rewards Charts!
Tujuan Rewards Charts ni dibuat adalah untuk memberi semangat atau encouragement kepada Harris bila Harris berjaya selesaikan sesuatu task! š

Bila Harris dah siap dan selesaikan tasks yang diberi, Hana bagi sticker reward ni ā¤ļøš§”šššš dan tampal pada reward charts yang dah ditampal pada dinding untuk tatapan Harris š
Mommies boleh download dan print terus je printable rewards charts template di bawah ni ya š

Untuk Harris, tasks yang Hana berikan adalah simple dan kebanyakannya adalah berkaitan dengan rutin harian Harris. Secara tak langsung juga Hana latih Harris lebih berdisiplin walaupun sekadar menghabiskan air minuman š
Pilihan tasks seperti mengemas permainan sendiri dan masukkan baju kotor ke dalam bakul ni juga adalah berdasarkan latihan yang Hana dan ayah Harris dah pernah bagi sebelum ni jadi Harris dah faham bila Hana minta tolong Harris buat.
Nanti bila Harris dan besar lagi, boleh Hana tambah lagi dengan house chores lain pula hehe āŗļø
Mommies boleh cuba latih sendiri dengan mengenalpasti aktiviti harian anak-anak, letak dalam senarai rewards charts dan seterusnya bagi reward stickers bila dah selesai! š