Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 36 – Tissue TRolls Hair Cutting

Lepas siap aktiviti dengan Natalia untuk buat Tissue TRolls, sekarang Hana sambung aktiviti dengan Harris pula untuk PlaySchool seterusnya! šŸ˜

Dengan menggunakan Tissue TRolls yang sama, Hana bagi Harris latihan memegang dan menggunakan gunting. Dalam aktiviti PlaySchool ni, Harris perlu belajar menggunting rambut Tissue TRolls šŸ’‡ā€ā™€ļø

Sediakan gunting dengan Tissue TRolls

Gunting yang Harris guna adalah gunting shape cutting, jadi ianya tak tajam macam gunting biasa.

Tengok video Harris jadi barber untuk Tissue TRolls 😁

Aktiviti PlaySchool harini membolehkan Harris menguatkan pegangan tangan (grasp practise) Harris terhadap objek. Dalam masa yang sama, Harris dapat memahami fungsi gunting itu sendiri. Secara tidak langsung juga, perkembangan minda dan kreativiti Harris turut diransang 😊

Walaupun Harris tak dapat gunting rambut Tissue TRolls dengan betul, tapi Harris tetap belajar apa itu erti kesabaran haha šŸ˜‚

Manfaat keseluruhan PlaySchool Hair Cutting Tissue TRolls adalah :

ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
🧔 Latihan motorskill halus
šŸ’š Tingkatkan orientasi mata-tangan
šŸ’™ Tingkatkan kreativiti
šŸ’œ Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa

Sekian untuk PlaySchool Vol 36. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau 😘

Yang suka menonton movie TRolls,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment