Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 37 – Ice Painting

Sebelum buka puasa tadi Hana sempat bagi Harris busy dengan PlaySchool Ice Painting sambil-sambil Hana nak siapkan hidangan berbuka 😁

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah set watercolour dengan berus lukisan dan colour pallete, beserta bongkah ais!

Siap sedia!

Caranya pun mudah je! Harris hanya perlu mewarnakan bongkah ais dengan berus lukisan šŸŽØ

Eh macam tu je ke? Yupp! Nampak simple tapi sebenarnya PlaySchool ni dapat melatih Harris dengan grasp practice iaitu ketika Harris memegang berus lukisan. Koordinasi mata-tangan pun dapat dilatih šŸ˜‰

Yang seronoknya Ice Painting ni, bongkah ais akan sentiasa ‘bersih’ dari watercolour ketika ais cair jadi Harris boleh mencuba pelbagai kreativiti mewarna tak macam mewarna di atas kertas. Kagum Harris! šŸ˜

PlaySchool ni juga menggalakkan sensory play apabila Harris guna jari untuk mewarna selepas penat pegang berus lukisan.

Harris cakap “Coldd!” hahaha šŸ˜‚

Lagi 10 minit azan Maghrib berkumandang, baru Harris siap main. Yea Momma pun berjaya siapkan makanan iftar. Thank you Ayah Harris tolong pantau Harris hehe 😁

“Dirty! Eee!”

Anak pembersih seorang ni tak sabar-sabar nak bangun basuh tangan šŸ˜†

Manfaat keseluruhan PlaySchool Ice Painting ni adalah :

ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
🧔 Latihan motorskill
šŸ’› Latihan grasp practise & sensory play
šŸ’š Tingkatkan orientasi mata-tangan
šŸ’™ Tingkatkan kreativiti
šŸ’œ Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
ā¤ļø Tingkatkan rasa ingin tahu dan eksplorasi

Sekian untuk PlaySchool Vol 37. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau 😘

Yang rajin memasak,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

2 thoughts on “PlaySchool 37 – Ice Painting

Leave a comment