Sekarang ni Harris suka sangat main watercolour 🎨
Semalam Harris main watercolour dengan bongkah ais. Hari ni Harris main watercolour dengan tayar kereta mainan pula. Alang-alang Harris suka kereta jugak hehe 🚗
Senang je nak sediakan PlaySchool Coloured Tire Tracks ni. Hana hanya gunakan watercolour yang sama dengan warna kereta mainan yang Harris ada. Untuk permulaan bagi Harris, Hana guna tiga warna asas sahaja iaitu merah ❤️ biru 💙 dan kuning 💛

Jom tengok video 😃
Harris dah kenal semua warna jadi lebih mudah nak berkomunikasi apabila Hana dan Ayah Harris memberi panduan cara bermain kepada Harris 😊
Manfaat PlaySchool Coloured Tire Tracks ni adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan komunikasi dan bahasa
💚 Tingkatkan kreativiti
💙 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
Sekian untuk PlaySchool Vol 38. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau 😘
Yang suka kereta,
Momma Hana 🌹