Posted in Hana Sharing, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 39 – Board Games: Snakes & Ladders

Siapa suka main Board Games: Snakes & Ladders ni? Kalau dalam bahasa Melayu kita panggil dam ular šŸ˜‚

Hana ingat lagi masa kecil-kecil dulu Hana selalu main dengan kakak dan adik-adik Hana. Sekarang dah besar, jarang dapat main sama tapi kali ni Hana dapat main dengan Natalia, Harris dengan Noah pulak hehe 😁

Dam Ular keluarga Hana dari lebih 20 tahun lalu

Lama kann dah tersimpan. Elok lagi tauu šŸ˜

Sebab Harris dan Noah belum faham lagi cara bermain Dam Ular ni jadi Hana hanya perlu kalahkan Natalia je eheheh 🤣

Sekali sekala main Dam Ular selepas sekian lama memang seronok! Terasa berdebar dan teruja di samping meningkatkan skill komunikasi antara Hana dan Natalia dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mood tak sabar nak raya hikhik! šŸŽ‰

Hana menang je Natalia cakap Hana main tipu marah bukan main bila kena gelongsor turun ular ahahaha seronok layan budak-budak ni tak sabar tunggu Harris dengan Noah pandai main Dam Ular ni jugak 😜

Sekian untuk PlaySchool Vol 39. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies selalu main classic board games lain, kongsi dengan Hana tau 😘

Yang merindui zaman kanak-kanak,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment