Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 48 – Egg Throw!

Hasil mengumpul kulit telur sepanjang musim PKP ni, dapat Hana buat PlaySchool baru untuk Harris yeaa!

Nak sediakan PlaySchool Egg Throw! ni senang je hehe. Hana hanya isikan setitis watercolour dalam setiap satu kulit telur ni dan tambahkan sedikit air. Goncangkan kulit telur supaya watercolour terbancuh rata dengan air.

Kalau watercolour pekat sangat, nanti tak jadi corak berselerak. Kalau nak bancuh sampai penuh dalam kulit telur pun boleh tapi Hana buat sikit je. Jimat watercolour hahaha! 🤣

Hana guna warna merah, biru, kuning, hijau, oren dan coklat

Susun semula siap-siap atas egg tray 😊

Ohye! Untuk menghasilkan telur dengan lubang macam ni, mommies kena pecahkan pada bahagian atas sahaja ya. Biasanya lebih mudah nak kumpul dan simpan semasa nak masak telur dadar atau telur hancur berbanding kalau nak buat telur mata atau telur rebus 😅

Siap satu egg tray penuh 😍

Okayy barang seterusnya yang diperlukan adalah kertas mahjong!

PlaySchool ni sesuai untuk outdoor melainkan mommies rajin cuci lantai dalam rumah semula 😄

Ready! Get set!

Go! Jom tengok YouTube Harris! 😍

Kagum Harris tengok aktiviti cause-and-effect ni 😜

Lontaran kulit telur ni sebenarnya dapat meningkatkan kemahiran motorskill tangan Harris serta menambahkan keyakinan diri Harris. Jadi secara tidak langsung, perkembangan emosi Harris akan turut dipupuk dengan baik.

Juga menggalakkan Harris menjadi kreatif

Sambil melontar kulit telur, perkembangan minda Harris turut diransang apabila Harris faham dan ulang sebut nama setiap warna dalam kulit telur yang disebut Ayah Harris 😄

Ta-Daaa!

Cantik tak? Berseni gituu kann hahaha 😍

Manfaat keseluruhan PlaySchool Egg Throw! ni adalah :

❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan emosi
💚 Grasp practise
💙 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💜 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
❤️ Tingkatkan kreativiti
🧡 Tingkatkan pengetahuan mengenai warna

Best kann PlaySchool Vol 48 ni? Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau 😘

Yang rajin kumpul kulit telur,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

One thought on “PlaySchool 48 – Egg Throw!

Leave a comment