Hi mommies! ❤️
Ingat lagi tak aktiviti Arts & Crafts Squishy Stress Ball Hana dengan Kakak Natalia? Dengan crafting yang sama, kali ni Hana buat PlaySchool Emoji Balloons dengan Harris pula 😊
Untuk Harris, Hana bubuh googly eyes dekat Emoji Balloons ni 👀

Comel kan hehe. Googly eyes tu Ayah Harris baru beli dekat kedai Mr DIY. Jom Hana nak lukiskan pelbagai reaksi muka mengikut jenis emosi 😍

Setiap satu Emoji Balloons ni Hana namakan siap-siap dan perkenalkan kepada Harris satu demi satu. Dari kiri :
- 💙 Sad 💙
- 💜 Opp-Ooo 💜
- ❤️ Angry ❤️
- 🧡 Bleybleybley 🧡
- 💛 Happy 💛
- 💗 Heart 💗

Emoji Balloons mewakili sedih, terkejut, marah, nakal, gembira dan sayang 😍
Sebenarnya sedikit sebanyak Harris dah mula faham jenis emosi yang ada sebab Harris belajar dekat laptop Harris. Jadi Hana hanya ilustrasikan semula pada Emoji Balloons supaya pemahaman Harris lebih mendalam lagi apabila Harris bermain Emoji Balloons 😊

Jom tengok YouTube Harris main Emoji Balloons 😄
Pandai je yeh Harris cakap Angry Balloon tu Momma. Bleybleybley Balloon tu pulak Ayah Harris 😅
Selain belajar emosi, bermain Emoji Balloons ni juga menggalakkan sensory play tau apabila Harris picit-picit dan tekan-tekan bagi lonjong bagi bulat bagi pendek 😂
Part Harris coriang bijik mata Emoji Balloons tu, Hana hanya mampu bersabar hahaha 🙃
Manfaat keseluruhan PlaySchool Emoji Balloons :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan emosi
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Pinch practise
🧡 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💛 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💚 Tingkatkan kreativiti
💙 Tingkatkan pengetahuan mengenai emosi
💜 Tingkatkan kesabaran Teacher Hana hahaha 😜
Best kann PlaySchool Vol 49. Tunggu Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau 😘
Yang pandai kawal emosi,
Momma Hana 🌹
One thought on “PlaySchool 49 – Emoji Balloons”