Posted in Hana Crafts

Arts & Crafts 12 – Project Keychain & Facemask Extender

Bersempena cuti umum Hari Keputeraan Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke XVI Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang jatuh pada 8 Jun 2020 semalam, Natalia, Papa & Ummi Harris dan Hana buat projek arts & crafts baru!

Projek yang kami buat adalah personalised face mask extender dan Hana buat sekali personalised keychain untuk trolley bag & pencil case Harris! ✏️

Kalau mommies semua ingat, Hana dah pernah buat dah personalised bracelet dengan Kakak Natalia dulu. Masih dengan cara yang sama, cuma merchandise berbeza 😍

Harris pun busy tolong Momma 😂

Dah siap sedia dengan kit arts & crafts, jom kita mula!

Sambil try & error, sambil kongsi idea hehe. Masing-masing buat face mask extender mengikut kreativiti masing-masing! Seronok sangat sebab bila buat aktiviti ni bersama-sama, tak sedar masa berlalu 😘

Papa Harris yang buatkan keychain ni untuk Harris 😃

Cantik kann bila matching dengan trolley bag Harris? Face mask extender je yang Hana tak sempat cuba lagi sebab dari PKP 1 Hana tak pernah keluar walaupun ke kedai berdekatan rumah 😅

Dah masuk fasa PKPP 6 harini, baru Hana standby itupun untuk pulang ke kampung Hana di Melaka. Yeaa nak jumpa GrandMi & Abi Harris! ❤️

Mommies semua jangan lupa untuk terus jaga diri dan keluarga ya. Waaupun kita dah masuk fasa pemulihan, kesemua langkah berjaga-jaga haruslah terus diamalkan supaya kehidupan norma baru ini dapat dijalani dengan mudah, in shaa Allah aamin.

Salam PKPP,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment