Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 52 – Tunnel Tumble

Mommies yang dah biasa tengok PlaySchool Harris mesti tahu kan kadang-kadang Hana suka guna barang-barang recycle reuse reduce. Penangan jadi graduan alam sekitar kot naturally rasa sayang nak buang terus sebelum dimanfaatkan sebaiknya 😅

Kali ni Hana hanya simpan kotak beli air cooler je untuk Harris bermain jadi terowong. Buka dan susun secara melintang, sedia untuk dimain heheh 😜

Terkedek-kedek Harris 😅

Jom tengok YouTube Harris!

Nampak mudah tapi aktiviti PlaySchool ni sebenarnya melatih kemahiran motorskill kasar Harris tau! 😄

Sambil berlari dan merangkak, sambil Harris ketawa 😍

Hana lega Harris berani main sebab Harris sebenarnya takut dengan tempat atau ruang terkurung. Masa Harris kecil, Harris menangis masa naik lif sampai Ayah Harris kena peluk Harris kuat-kuat 😅

Jadi perlahan-lahan Hana cuba bagi galakan kepada Harris untuk bermain Tunnel Tumble ni, supaya secara tidak langsung aktiviti ini dapat pupuk Harris jadi lebih berani dan dapat atasi rasa claustrophobia 💪

Manfaat keseluruhan PlaySchool Tunnel Tumble ni adalah :

❤️ Latihan motorskill kasar
💛 Latihan emosi
💚 Tingkatkan keberanian melalui ruang kecil
💙 Tingkatkan keyakinan maju ke hadapan 😘

Selesai untuk PlaySchool Vol 52. Nanti Hana sambung PlaySchool seterusnya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa 😍

Yang ada nyctophobia,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment