Kalau sebut anak lelaki, mesti tak lari dari main semua 🚗🚕🚓🚐🚑🚒🛵🏍️🚜🚛🚚🚝✈️⛵🚁🚀 ni kan?
Em tapi masa Hana kecil, Hana lagi suka main kereta dengan Papa Harris tau hahaha! Mungkin sebab faktor umur dekat berbanding umur Hana dengan Mommy Harris yang agak jauh 😅
Sebab tu jugak Hana happy sangat bila dapat tahu jantina Harris masa detailed scan dulu so Hana boleh main kereta dengan baby boy sama-sama nanti hahahaha 🤣
Jadi untuk PlaySchool Harris kali ni, Hana dengan Ayah Harris dah beli siap-siap playmat dengan road tracks! Tinggal letak kereta je 😁

Gentlemen! Start your engine! Vroom! 🚗💨
Bukan Harris dengan Ayah Harris je main. Natalia dengan Noah pun main sekali!
Seronok tengok anak-anak dengan imaginasi mereka kan? 😍
Apabila tangan Harris dan Noah memegang kereta, kemahiran motorskill tangan dan jari mereka dapat dipupuk.
Manfaat keseluruhan PlaySchool Vehicle Track Map ni adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan sosial & emosional
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Pinch practise
🧡 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💛 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
Selesai untuk PlaySchool Vol 53. Nanti Hana sambung PlaySchool seterusnya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa 😍
Yang suka main kereta mainan,
Momma Hana 🌹