Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 59 – Finger Painting: Super Ring

Harris main watercolour lagi! Kalau PlaySchool sebelum ni Hana bagi Harris guna medium berbeza iaitu mewarna di atas polystyrene, kali ni cara mewarna pula berbeza; guna jari je hehe 😁

Untuk bahan aktiviti PlaySchool Harris ni pula Hana dah sediakan awal-awal. Hana potongkan bentuk gegelung dari kotak recycle.

Super ring! šŸ˜‚

Kenapa bentuk super ring? Sebab projek PlaySchool ni ada sambungan lagi hahaha. Jom tengok Youtube Harris duluuu šŸ˜†

PlaySchool ni lebih berbentuk sensory play untuk meransang deria sentuhan Harris dan seterusnya membantu perkembangan motorskill halus.

Fokus dan orientasi mata-tangan Harris pun dapat dilatih bila Harris berusaha untuk cop jari di atas super ring tanpa tersilap cop di atas meja šŸ˜‚

“Eee dirty..” šŸ˜†

Sambil Harris cop guna jari, Harris warnakan tapak tangan dengan berus lukisan dan cop guna tapak tangan pulak. Mesti Harris teringat PlaySchool Palm Monster ni hahaha šŸ‘¾

Anak bijak Momma 😘

Alhamdulillah Harris dah kenal semua warna dan makin lama Harris makin cekap pegang berus menerusi grasp practice šŸ˜

Manfaat keseluruhan PlaySchool Finger Painting: Super Ring ni adalah :

ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
🧔 Latihan motorskill halus
šŸ’› Latihan komunikasi dan bahasa
šŸ’š Sensory play
šŸ’™ Grasp practise
šŸ’œ Pinch practise
ā¤ļø Tingkatkan orientasi mata-tangan
🧔 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
šŸ’› Tingkatkan kreativiti
šŸ’š Tingkatkan pengetahuan mengenai warna

Selesai untuk PlaySchool Vol 59. Nanti Hana sambung PlaySchool seterusnya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa šŸ˜

Yang suka buat PlaySchool,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment