Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 60 – Mix Paintings: The Elephant

Lepas main watercolour dengan super ring, Harris main watercolour dengan gajah pulak 🐘

Tapi untuk PlaySchool kali ni, Harris guna macam-macam cara melukis; guna jari, guna tapak tangan dan guna berus lukisan. Semua Harris nak hahaha!

Hana siapkan kadbod kepala gajah ni dari kotak recycle. Siap ada belalai gajah extended tau hehe ☺️

Gajah cakap, “Belalai saya tercabut.. Wekk..” 😛

Hehehe nanti kita pasang belalai gajah ni untuk PlaySchool seterusnya. Okay sekarang masa untuk mix painting duluuuu!

Tak tentu arah Harris nak mewarna. Sekejap guna jari, sekejap tukar dengan tapak tangan, sekejap dengan berus.

Ehh lama-lama warnakan lantai dengan pagar playpen pulak 🤣

Sel-sel otak berhubung dengan jayanya 😂

Dengan aktiviti mix paintings ni, kreativiti Harris dapat terus berkembang dan tak terhad di atas kadbod je 😅

Hana biarkan Harris berkreativiti sendiri dengan bebas supaya Harris dapat belajar buat pilihan dan keputusan mudah walaupun masih di bawah pantauan Hana dan Ayah Harris. Jadi keperluan emosi Harris dapat dipenuhi serta Harris akan menjadi lebih yakin untuk berdikari 😉

Mix paintings artwork Harris 🎨

Cantik kannn? Dah habis main, okayy masa untuk Clean Up! Tidy Up! Hana selalu pastikan Harris kemas semula permainan yang dah dimain dan bersihkan semula segala yang comot tumpah kotor supaya Harris terus belajar mengenai self-discipline 😃

Manfaat keseluruhan PlaySchool Mix Paintings : The Elephant ni adalah :

❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan emosi
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Pinch practise
🧡 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💛 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💚 Tingkatkan kreativiti menggunakan pelbagai cara mewarna
💙 Tingkatkan pengetahuan mengenai warna

Selesai untuk PlaySchool Vol 60. Alhamdulillah setakat ini dah 60 aktiviti bermain untuk anak-anak 18-24M yang dapat Hana kongsi dengan mommies semua 😘

Nanti Hana sambung PlaySchool seterusnya yaa belum habis lagi ni 😍

Yang suka lukis gajah,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

One thought on “PlaySchool 60 – Mix Paintings: The Elephant

Leave a comment