Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 61 – Elephant Ring

Hasil dari aktiviti PlaySchool Super Ring dan juga PlaySchool Mix Paintings: The Elephant sebelum ni, maka jadilah PlaySchool kali ini iaitu Elephant Ring! 🐘

Hana lekatkan belalai gajah pada muka gajah, terus tampal gajah ke dinding dan sedia untuk dimain! Jangan lupa Super Ring!

Arts & Crafts Corner

Hana adjusts sesuai dengan ketinggian Harris. Sekarang, Harris hanya perlu masukkan Super Ring ke dalam belalai gajah dan aktiviti siap haha! Nanti Harris besar sikit, Harris boleh cuba lempar Super Ring dari jauh pulak 😃

Bersemangat Harris nak sangkutkan semua Super Ring tu!

Iyahhh!

Mommies nak tahu? Walaupun nampak mudah, sebenarnya motorskill badan Harris dapat dibentuk dengan baik terutama apabila Harris bermain secara vertical atau menegak. Antara contoh aktiviti lain yang boleh dibuat secara vertical adalah mewarna di dinding atau menconteng papan hitam.

Kebaikan lain bermain secara menegak adalah untuk menguatkan kawalan badan, struktur bahu dan lengan, kawalan tangan dan juga pergelangan tangan.

Latihan postur badan ketika berdiri

Selain dapat melatih koordinasi mata-tangan Harris ketika memasukkan Super Ring ke belalai gajah, PlaySchool dengan konsep vertical surface ini juga lebih membantu Harris fokus pada sasaran šŸŽÆ

Manfaat keseluruhan PlaySchool Elephant Ring adalah :

ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
🧔 Latihan motorskill kasar dan halus
šŸ’› Vertical surface play
šŸ’š Grasp practise
šŸ’™ Tingkatkan orientasi mata-tangan
šŸ’œ Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
ā¤ļø Tingkatkan kekuatan kawalan badan

Selesai untuk PlaySchool Vol 61. Tunggu Hana sambung PlaySchool baru tau! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa 😘

Yang rajin,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment