Sebelum ni Kakak Natalia dah buatkan DIY WaterColour dengan tepung jagung. Jadi kali ni Harris pula main dengan diy watercolour yang sama. Cuma alatan yang akan digunakan Harris untuk aktiviti PlaySchool adalah paint roller! 🎨

Hana juga hanya gunakan dua warna untuk Harris belajar kesan campuran antara warna biru dan hijau 💙💚
Jom tengok YouTube Harris roll roll 😍
Sambil bermain roll roll, Harris dapat melatih motorskill kasar melalui pergerakan badan apabila Harris ke sana ke sini ke sana ke sini.
Otot tangan juga dapat dilatih melalui aktiviti tangan memegang paint rolled tu 😉
Ohya! Harris sekarang dah pandai nak berebut barang tau lagi-lagi kalau yang memang Harris punya. Dengan Ayah Harris pun tak boleh kongsi, pegang barang pun semua tak boleh haha! Jadi melalui PlaySchool ini dapatlah Hana dan Ayah Harris terapkan sifat berkongsi dan bermain bersama-sama 😂
Manfaat keseluruhan PlaySchool Roll Roll Painting ni adalah :
❤️ Latihan kognitif
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan sosial dan emosi
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Tingkatkan orientasi mata-tangan
🧡 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💛 Tingkatkan kreativiti kombinasi warna
💚 Tingkatkan pengetahuan mengenai fungsi paint roller
Habis dah PlaySchool 74 – Roll Roll Painting. Jom sambung PlaySchool 75 – Dot Dot Painting jom! 😍
Yang suka mengecat,
Momma Hana 🌹
One thought on “PlaySchool 74 – Roll Roll Painting”