Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 80 – Matchy Sticky Numbers

PlaySchool kali ni Hana fokus pada latihan hand-eye orientation dengan menggunakan permainan yang Harris dah ada 😃

Permainan yang diperlukan adalah foam numbers 1ļøāƒ£ sampai 9ļøāƒ£ dan sebuah bucket.

Macam mana nak main?

Mula-mula Hana cabut keluar nombor dan tampalkan hanya plat pada cermin sliding door ni. Basahkan dengan air sikit lepastu terus boleh lekat šŸ˜‰

Letak nombor dalam bucket

Mudah je nak main. Harris hanya perlu ambil nombor di dalam bucket dan tampalkan semula nombor yang betul pada plat di sliding door! Cepat tengok YouTube Harris šŸ“ŗ

Aktiviti ni bagus untuk melatih bukan sahaja hand-eye orientation Harris, malahan juga motorskill halus jari Harris terutama apabila Harris perlu memasukkan semula nombor.

Ada nombor yang jatuh semula. Ada nombor yang tersangkut je. Ada nomnor yang tak masuk langsung hahaha šŸ˜†

Walaupun Harris tak dapat masukkan betul-betul lagi, Harris tetap dah kenal semua nombor dari zero sampai ten šŸ˜

Macam biasa setiap kali habis main, Hana akan minta Harris kemas semula permainan. Sambil kemas pun Harris belajar sebut nombor 😊

Manfaat keseluruhan PlaySchool Matchy Sticky Numbers ni adalah :

ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
🧔 Latihan motorskill
šŸ’› Latihan komunikasi dan bahasa
šŸ’š Sensory play
šŸ’™ Grasp practise
šŸ’œ Pinch practise
ā¤ļø Tingkatkan orientasi mata-tangan
🧔 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
šŸ’› Tingkatkan pengetahuan mengenai nombor

Sekian untuk PlaySchool Vol 80. Nanti Hana sambung PlaySchool lain ya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau! 😘

Yang rajin,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment