PlaySchool kali ni Harris main ais ❄️ dengan watercolour 🎨 sambil bereksperimen!
Bahan-bahan yang Hana gunakan adalah diy watercolour, kiub ais dan juga penitis.

Cara bermain PlaySchool ni mudah je. Harris hanya perlu menggunakan penitis untuk menitiskan watercolour ke atas kiub ais. Jom tengok YouTube 📺
Seronok kann hehe 😉
Harris dapat membuat eksperimen untuk belajar bagaimana ais mencair pada suhu bilik dan dalam masa yang sama Harris dapat belajar tindakbalas ais dengan kombinasi pelbagai warna watercolour 🎨
PlaySchool ni juga dapat melatih motorskill halus jari Harris melalui pinch practice apabila Harris memicit penitis untuk menyedut watercolour dan menitiskan semula.
Latihan berbentuk hand-eye orientation ini juga boleh membuatkan Harris lebih fokus 🎯

Selepas Harris menggunakan penitis, Harris menggunakan jari pula untuk alihkan ais ke dalam bekas watercolour. Sensori sentuhan Harris juga diransang ketika Harris memegang ais yang sejukkk!
Manfaaat keseluruhan PlaySchool Science Experiment: Drop On Ice ni adalah :
❤️ Latihan kognitif
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan sosial dan emosi
💚 Latihan komunikasi dan bahasa
💙 Sensory play
💜 Pinch practise
❤️ Tingkatkan orientasi mata-tangan
🧡 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💛 Tingkatkan kreativiti kombinasi warna
💚 Tingkatkan minat dalam eksperimen sains
Sekian untuk PlaySchool Vol 82. Jom sambung PlaySchool Vol 83! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau! 😘
Budak sains,
Momma Hana 🌹
One thought on “PlaySchool 82 – Science Experiment: Drop On Ice”