Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 83 – Science Experiment: Dripping Sponge

Lepas habis main PlaySchool Science Experiment: Drop On Ice, Harris sambung main PlaySchool Dripping Sponge pula!

Lepas ais cair, Harris perlu kemas dan bersihkan semula semua watercolour yang Harris main jadi terciptalah science experiment yang kedua ni hehe 😉

Bahan tambahan yang diperlukan hanya sponge sahaja!

Sponge serap air!

Nak tahu cara main? Jom tengok YouTube Harris 📺

Harris belajar air boleh diserap dengan sponge dan juga air boleh diperah semula dengan memicit sponge!

Wow! Harris kagum 😍

Sambil guna sponge, Harris juga guna jari untuk main air.

Aktiviti memicit untuk menyerap air dan memerah air ini dapat menguatkan motorskill halus jari Harris melalui grasp & squeeze practise.

Lepas Harris picit sponge dan picitair watercolour ke dalam cawan, Harris picit ke seluar pulak 👖

Muka ada banyak happy 😆

Simple je kan? Tapi banyak yang Harris dapat belajar 😉

Manfaaat keseluruhan PlaySchool Science Experiment Dripping Sponge ini adalah :

❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan komunikasi dan bahasa
💚 Sensory play
💙 Grasp practise
💜 Pinch practise
❤️ Tingkatkan orientasi mata-tangan
🧡 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa

Sekian untuk PlaySchool Vol 83. Nanti Hana sambung PlaySchool lain ya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau! 😘

Budak sains,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment