Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 84 – Glue & Straws

PlaySchool Harris kali ni bertemakan sensory play dengan glue. Bahan-bahan yang diperlukan adalah kadbod, straw dan glue!

Kalau mommies ingat lagi PlaySchool Finger Painting: Super Ring, kadbod bulat yang Hana gunakan ni adalah lebihan dari corak ring yang Hana buat tu hahaha Hana kan memang suka guna barang recycle 😁

Hana gunting straw jadi pendek-pendek

Dah sedia semua bahan yang diperlukan, jom tonton YouTube Harris untuk tengok cara bermain! 📺

Seronok Harris main dengan glue yang melekat-lekat di jari! Aktiviti inilah yang dinamakan sensory play kerana ia menggalakkan ransangan deria sentuhan 😍

Ada style tak? 😆

Harris juga dapat berlatih motorskill halus melalui pinch practise ketika memegang straw dan melekatkan straw pada permukaan kadbod.

Sambil bermain straw yang lembut, Harris turut enjoy bermain dengan kadbod dan hanya glue wee 😉

Harris cuba lekatkan kadbod pada tapak tangan 🖐️

Ohya! Hana gunakan clear glue jadi ianya tidak cepat keras walaupun terdedah pada permukaan udara untuk jangka masa yang agak lama 😅

Lekatan straw pada kadbod

Best kann Harris taknak berhenti main! Terus Hana sambung PlaySchool seterusnya untuk Harris hehe 😃

Manfaat keseluruhan PlaySchool Glue & Straw ini adalah :

❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan emosi
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Pinch practise
🧡 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💛 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💚 Tingkatkan kreativiti
💙 Tingkatkan pengetahuan mengenai sifat glue dan straw

PlaySchool Vol 84 tamat dan jom sambung PlaySchool 85 Glue & Pom Poms dengan tema sama tetapi bahan berlainan! ☺️

Yang rajin,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment