Sambungan dari PlaySchool sebelum ni iaitu bermain dengan straw dan pompom, kali ni Harris main glue dengan benang kait!
Pastikan clear glue dan kadbod dah tersedia, cara menyediakan benang adalah dengan mengguntingkan sahaja kepada beberapa keratan pendek.

Jom tengok YouTube Harris 📺
Hana rasa Harris paling suka main glue & thread ni sebab Harris suka struktur benang yg lembut dan halus berbanding bulu pompom yang lebih kasar dan straw plastik yang lebih keras.

Sebenarnya, tujuan utama Hana kekalkan clear glue tetapi Hana tukarkan bahan lain adalah untuk menggalakkan Harris mengeksplorasi jenis permukaan dan sifat bahan berlainan! ☺️
Manfaat keseluruhan PlaySchool Glue & Threads ini adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan emosi
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Pinch practise
🧡 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💛 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💚 Tingkatkan kreativiti
💙 Tingkatkan pengetahuan mengenai sifat glue dan benang kait
PlaySchool Vol 86 tamat! Jom sambung PlaySchool 87 Glue & Rubber Bands pula! ☺️
Yang rajin,
Momma Hana 🌹
3 thoughts on “PlaySchool 86 – Glue & Threads”