Harris paling suka main bubbles bila mandi dalam bath tub! 🛀
Sekali sekala Hana memang biarkan Harris main bubbles sebab ianya bagus sebagai sensory learning.
Sebelum Hana kongsikan kelebihan bermain bubbles ni jom tengok gelagat Harris main bubbles 📺
Melalui bubble bath play ni, deria penglihatan Harris diransang apabila mata Harris melihat bubbles yang banyak! 👀

Dan bukan deria penglihatan je, deria sentuhan pun sama bila Harris memegang bubbles tu dengan tangan 🖐️
Minda Harris turut berkembang walaupun Harris hanya diam ketika bermain bubbles ni sebab tengah fikir anatomi bubbles ni haha 😂

Sambil bermain, Harris juga menggunakan kedua-dua belah tangan jadi aktiviti ini menggalakkan koordinasi bilateral iaitu keupayaan menggunakan kedua-dua belah anggota badan serentak.
Walaupun main bubbles sambil mandi ni nampak macam tak ada apa-apa, tapi banyak kelebihannya untuk anak-anak kan? 😉
Manfaat keseluruhan PlaySchool Bubble Bath Play ni adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan emosi
💚 Latihan komunikasi
💙 Sensory play
💜 Grasp practise
❤️ Tingkatkan koordinasi bilateral
🧡 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💛 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
Sekian untuk PlaySchool Vol 89. Jom Hana sambung PlaySchool Vol 90 pula yaa. Masih dengan tema bubbles tau! 😘
Yang suka bubbles,
Momma Hana 🌹
One thought on “PlaySchool 89 – Bubble Bath Play”