Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 95 – Construction Vehicles: Dump Truck

Kebelakangan ni Harris suka main dengan construction vehicles lagi-lagi lepas tengok nursery rhyme Didi & Friends lagu Construction Machines tu 👷‍♂️

Sebab kita masih dalam fasa PKPP sampai hujung bulan Ogos ni, Ayah Harris baru sempat belikan beberapa jenis je antaranya adalah dump truck! 🚚

Jadi untuk PlaySchool kali ni, Hana sediakan batu kecil di dalam pelampung dan Harris sedia untuk bermain sambil belajar cara dump truck bekerja! 🚧

Harris paling suka tengok batu-batuan kecil tu jatuh 😂

Cedok masuk guna scoop & tangan 😅

Bila bermain dengan dump truck dan batu ni, Harris dapat berimaginasi dengan lebih meluas lagi berbanding bermain tanpa apa-apa.

Dalam masa yang sama, perkembangan motorskill Harris turut dapat dibentuk melalui grasp practise Harris pada scoop.

Manfaat keseluruhan PlaySchool Construction Vehicles: Dump Truck ni adalah :

❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Grasp practise
💚 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💙 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💜 Tingkatkan kreativiti
❤️ Tingkatkan imaginasi

Sekian untuk PlaySchool Vol 95. Jom sambung siri PlaySchool construction vehicles front loader seterusnya! 😍

Yang rajin,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

One thought on “PlaySchool 95 – Construction Vehicles: Dump Truck

Leave a comment