Dah selesai aktiviti Arts & Crafts, tiba masa untuk PlaySchool Harris!
Cara bermain senang je. Bila dah letak kereta mainan di dalam car track, Ayah Harris akan menukarkan kayu aiskrim berpompom bergilir-gilir mengikut warna turutan merah, kuning dan hijau 🚦
Jadi Harris hanya perlu patuh undang-undang jalan raya mengikut turutan yang Ayah Harris buat hahaha 😆
Harris dah belajar dari awal cara traffic light beroperasi jadi Harris dah lebih faham fungsi warna setiap lampu 😃
- Red – Stop ❤️
- Yellow – Careful 💛
- Green – Go! 💚
Konsep utama PlaySchool ni ialah pretend-play yang juga bertujuan menerapkan pengetahuan am mengenai undang-undang jalan raya kepada Harris. Kecil-kecil dah kena belajar peraturan hehe ☺️
Sambil bermain, motorskill halus Harris turut berkembang apabila Harris memegang kereta mainan kecil satu demi satu sambil menggerakkannya ketika bermain 🚗
Manfaat keseluruhan PlaySchool Traffic Light Car Track ni adalah :
❤️ Latihan kognitif (minda)
🧡 Latihan motorskill
💛 Latihan social
💚 Latihan komunikasi
💙 Pretend-play
💜 Grasp practise
❤️ Pinch practise
🧡 Tingkatkan pengetahuan mengenai undang-undang jalan raya
Sekian untuk PlaySchool Vol 97. Jom sambung main PlaySchool 98 Parking Car Track pulaa 😍
Yang patuh undang-undang,
Momma Hana 🌹
3 thoughts on “PlaySchool 97 – Traffic Light Car Track”