Lepas main PlaySchool My Sticker Album, Harris makin suka main dengan stickers. Jadi kali ni Hana carikan set stickers dengan scenery untuk PlaySchool Harris š
Tema scenery stickers Harris adalah Penguin Land. Ada baaaaanyak stickers penguin untuk ditampal di atas kadbod dengan scenery Antartika š§
Harris juga dah mula mahir memegang stickers tau berbanding semasa bermain PlaySchool Bunny Stickers mula-mula dulu š°
Sambil deria sentuhan Harris diransang apabila jari menyentuh permukaan stickers yang melekat-lekat tu, Harris dapat belajar bagaimana rupa habitat semulajadi penguin š

Koordinasi mata-tangan Harris juga dapat dilatih dengan baik apabila Harris menampal sticker. Motorskill jari Harris turut berkembang melalui pinch practise š

Manfaat keseluruhan PlaySchool Scenery Stickers: Penguin Land ni adalah :
ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
š§” Latihan motorskill
š Sensory play
š Pinch practise
š Tingkatkan orientasi mata-tangan
š Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
ā¤ļø Tingkatkan pengetahuan mengenai penguin dan habitatnya

Sekian untuk PlaySchool Vol 99. Jom main scenery stickers dengan tema lain pula! š
Yang suka alam semulajadi,
Momma Hana š¹