Untuk PlaySchool kali ni, Harris bermain montessori toys iaitu wooden bead maze š“š·ā»ļøš¶
Walaupun wooden bead maze ni nampak mudah, ia membantu mengasah banyak skill yang penting tau! š
Tengok Harris ajak patung kucing main sama siap tunggang patung kucing tu lagi hahaha š¹
Perkembangan motorskill halus tangan diransang apabila jari Harris menyentuh dan memegang beads dan juga melalui artikulasi pergelangan tangan. Nampak tak tangan Harris berpusing-pusing bermain dengan beads. Pincer grisp jari Harris juga akan lebih mahir. Penting tau supaya Harris boleh belajar memegang pensel dengan betul nanti š
Selain itu, Harris dapat melatih koordinasi mata-tangan melalui aktiviti menyorong beads sepanjang wayar yang berpusing-pusing tu yang juga dipanggil manipulative skill. Secara tak langsung Harris turut terdedah kepada konsep cause-and-effect š

Bermain wooden bead maze ni bukan sahaja melibatkan sensori sentuhan, malahan sensori pendengaran turut diransang apabila Harris mendengar bunyi beads bergesel dengan wayar dan jatuh dari satu lengkongan.

Sensori penglihatan pun dapat diransang melalui warna-warni beads dan pelbagai bentuk geometri. Harris juga dapat belajar memberi fokus dengan lebih lama bila bermain wooden bead maze ni š
Manfaat keseluruhan PlaySchool Wooden Bead Maze ni adalah :
ā¤ļø Latihan kognitif (minda)
š§” Latihan motorskill
š Latihan sosial dan emosi
š Latihan komunikasi
š Manipulative skill
š Grasp practise
ā¤ļø Pinch practise
š§” Sensory play
š Tingkatkan orientasi mata-tangan
š Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
š Tingkatkan kreativiti
Sekian untuk PlaySchool Vol 100. Alhamdulillah esok birthday Harris yang kedua! Dah 100 PlaySchool Harris sepanjang Harris berumur 17 bulan ke 23 bulan ni hehe š
Nanti Hana sambung PlaySchool lain ya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana tau! š
Yang rajin,
Momma Hana š¹