Selepas selesai PlaySchool Cotton Ball dan Cotton Square, Harris sambung lagi siri PlaySchool dengan tema cotton yang seterusnya iaitu Cotton Buds Draw!
Lebih kurang sama macam PlaySchool Cotton Square Wipe On, PlaySchool kali ni menggunakan cotton buds pula. Bahan lain yang Hana sediakan masih sama iaitu kertas lukisan dan watercolour 😉
Dengan menggunakan cotton buds, Harris belajar mewarna dengan corak dot, garis dan bulat!

Pincer grasp Harris juga menjadi lebih mahir kerana bentuk cotton buds yang halus dan panjang. Sambil Harris membuat corak lukisan yang pelbagai, perkembangan minda Harris dapat dibantu seiring dengan perkembangan skill motor.
Manfaat keseluruhan PlaySchool Cotton Buds Draw ni adalah :
❤️ Latihan skill kognitif (minda)
🧡 Latihan skill motorskill
💛 Sensory play
💚 Pinch practise
💙 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💜 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
❤️ Tingkatkan kreativiti
🧡 Tingkatkan pengetahuan mengenai warna dan bentuk
Tamat dah PlaySchool Vol 108. Nanti Hana sambung PlaySchool seterusnya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa! 😘
Yang rajin,
Momma Hana 🌹
One thought on “PlaySchool 108 – Cotton Buds Draw”