Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 110 – Seal-It Cloth Pegs

Bila tengah holiday, memang tak semua barang kita dapat bawak. Antaranya bekas Tupperware nak simpan makanan yang tak habis dibeli macam biskut.

Jadi untuk PlaySchool versi holiday yang ni, Hana ajarkan cara pantas untuk Harris tutup plastik Biscotti iaitu dengan cara mengepit menggunakan pengepit baju atau cloth pegs 😊

Bila Harris busy nak makan biskut sambil tangan nak kepit cloth pegs pada plastik jugak, secara tak langsung dapat melatih Harris menjadi multitasking tau 😆

Cloth pegs ni ada bintang warna-warni wee 🌟

Pinch practise ni juga bagus bagi melatih motorskill halus dan seterusnya bagi membentuk tulang jari agar lebih kuat apabila Harris perlu mula menulis nanti.

Problem-solving skill dapat diasah 💪

Koordinasi bilateral tangan Harris iaitu kemahiran menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak turut berkembang melalui aktiviti PlaySchool ni 😉

Manfaat keseluruhan PlaySchool Seal-It Cloth Pegs ni adalah :

❤️ Latihan skill kognitif (minda)
🧡 Latihan skill motorskill
💛 Latihan skill sosial & emosi
💚 Latihan skill komunikasi & bahasa
💙 Sensory play
💜 Pretend-play
❤️ Pinch practise
🧡 Tingkatkan koordinasi bilateral tangan
💛 Tingkatkan orientasi mata-tangan
💚 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💙 Tingkatkan kreativiti
💜 Tingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

Tamat dah PlaySchool Vol 110 yang juga versi holiday! Nanti Hana sambung PlaySchool seterusnya ya! 😘

Yang rajin,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment