Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 113 – Pillow Stacko

Sejak masuk usia dua tahun ke atas ni, Harris makin lincah dan lasak. Kalau sebelum ni Harris agak gayat nak melompat dan memanjat, sekarang ni seronok Harris main sampai tonggeng terbalik haha!

Untuk PlaySchool kali ni, Harris ambil sofa pillow dan kemudian buat stacking sebelum Harris lompat dan terjun dari pillow stacko tu macam stuntman 😅

Kemahiran membuat stacking ni amat bagus untuk kanak-kanak. Ketika menyusun pillow stacko dalam bentuk bertingkat, Harris belajar cara mengornanisasi dan memanipulasi objek yang secara tak langsung juga membantu perkembangan pemikiran cause-and-effect Harris. Koordinasi mata-tangan Harris juga dapat ditingkatkan tau!

Kemahiran motorskill kasar Harris juga dapat dilatih melalui pergerakan tangan dan lengan Harris ketika menyusun pillow stacko manakala struktur bahu dan badan Harris juga akan jadi lebih tegap ketika Harris melompat dan terjun dari atas susunan pillow stacko tu 😄

Harris susun sendiri 😁

Apabila Harris mencuba pelbagai gaya untuk berdiri dan berpijak di atas pillow stacko yang Harris buat, Harris dapat belajar tindakbalas imbangan badan. Selain itu, problem-solving skill Harris juga dapat diasah dengan lebih berkesan.

Manfaat keseluruhan PlaySchool Pillow Stacko ni adalah:

❤️ Latihan skill kognitif (minda)
🧡 Latihan skill motorskill
💛 Latihan skill emosi
💚 Latihan skill komunikasi
💙 Rough play
💜 Tingkatkan orientasi mata-tangan
❤️ Tingkatkan koordinasi bilateral tangan
🧡 Tingkatkan fokus pada sesuatu dalam satu masa
💛 Tingkatkan kreativiti mengornanisasi
💚 Tingkatkan kemahiran menyelesaikan masalah

Sekian PlaySchool Vol 113. Nanti Hana sambung PlaySchool seterusnya! Kalau mommies ada idea lain, kongsi dengan Hana yaa! 😘

Yang rajin,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment