Posted in Hana Review, Hana Sharing

Contraction Tracker App

Harini Hana nak kongsi contraction tracker app yang Hana guna sebelum baby Hans lahir haritu 😁

To be honest, kalau tak guna app ni, rasanya alamat lahir Hans mesti dekat rumah, bukan Hospital Putrajaya hahaha. Alkisahnya, kandungan Hana dah genap 39 minggu masa 27 Mei 2021 lepas. Tapiiii, Hana belum mengalami apa-apa tanda kelahiran macam pecah ketuban atau tumpah darah, mahupun 5-min contractions šŸ˜…

2PM

Masih hari yang sama, Hana ada check-up di Klinik Kesihatan. Jumpa nurse, jumpa doktor, dahh doktor bagi siap-siap dah surat referral ke hospital, in case overdue. Mentang-mentang la masa Harris dulu memang overdue sampai 41 minggu 1 hari, bukan main awal doktor bagi surat šŸ˜†

5PM

Selesai appointment KK, Hana pun naik kereta. Hubby Hana dah tunggu dengan Harris. Baru je mula perjalanan nak balik rumah, tiba-tiba Hana terus rasa contraction. Penat sangat duduk tunggu turn la ni tadi. Masih on the way, Hana sempat mintak Hubby Hana belikan bomboloni, teringin dari seminggu sebelum hehe. Alhamdulillah dapat jugak merasa šŸ©

Sambil nak sampai rumah yang ambil masa 30minit tu, Hana masih rasa contraction. Mula-mula memang ingat Braxton Hicks contraction, tapi Hana mula tak sedap hati sebab terasa masa contraction tu mula constant dan regular. Tak macam hari-hari semalam, irregular, dan akan hilang bila Hana bergerak. Kali ni takkk. Hana bergerak dan berubah duduk pun, masih rasa dan tak hilang šŸ˜‚

6PM

Sampai rumah, Hana terus bukak Play Store. Search je contraction tracker sambil install je mana yang nampak okayyy based on rating. So, this was the one I chose hehe.

Cara guna macam ni:

Tekan button hijau bulat tu bila rasa contraction bermula dan tekan button merah bulat tu bila rasa contraction berhenti.

Seterusnya, app ni akan mula record masa kita dalam bentuk duration dan frequency. So, inilah duration & frequency yang Hana rasa masa tu šŸ˜‚

Tiga bacaan pertama Hana

Nampak tak, average frequency tu 6 minit sekali dan setiap kali contraction, Hana akan rasa selama 1 minit! Lepas enam minit kemudian, tiba-tiba app tu keluar reminder macam ni! Lagi Hana rasa berdebar šŸ˜…

Ada summary bawah tu untuk panduan mommies 😘

Kebetulan Hubby Hana keluar rumah semula untuk beli air kelapa. Cepat-cepat Hana WhatsApp screenshot ni sambil bagitahu, cepat balik sayangg haha šŸ˜†

Reminder pukul 6.59pm
7PM

Okayy reminder Go To The Hospital ni dah keluar buat kali ketiga sebenarnya masa ni. Tapi Hana masih rasa susah nak percaya. Masih sedapkan hati yang tak payah pergi hospital lagi. Mendadak sangat ni Hana tak ready 😭

Nak tak nak, terus Hana mintak Hubby Hana kemaskan barang masuk beg. Punya tak ready, barang pun tak siap lagi haha. Jangan ikut macam Hana tauu šŸ™ˆ

8PM

Hubby Hana call PBBR Putrajaya iaitu Pusat Bersalin Berisiko Rendah di Presint 8. Hana teringin ke sini masa mengandungkan Harris lagi hehe. Ada kriteria tertentu je yang boleh admitted bersalin kat sini. Antaranya:

  • Bersalin anak kedua hingga kelima sahaja
  • Tiada GDM
  • Tiada darah tinggi
  • Tiada penyakit lain
  • Sejarah bersalin normal

Nama pun berisiko rendah kan, jadi mommies yang cukup kriteria di atas, boleh la survey bersalin kat sini. Hana baca review, besttt tapi tak sempat pergi haha. Kali ni, Hana cukup kriteria untuk masuk PBBR ni, tapi bila pihak PBBR dapat tahu Hana ada kes albumin 1+ masa awal kandungan, pihak PBBR mintak Hana ke Hospital Putrajaya dulu untuk screening. Kalau doktor cakap okay, nanti pihak PBBR ambil Hana naik ambulan wahhh šŸ˜…

9PM

Hana dan Hubby pun dah bersiap gerak ke hospital. Paling sebak, nak tinggalkan Harris dekat rumah Mommy Harris. Malam tu Mima & Mommy tolong jaga Harris. Nasib baik Hana dah pesan, mentally preparedkan Harris pasal Hana kena pergi hospital bila sampai masanya.

Last record pukul 9.22pm, on the way ke hospital.

Hana ada tersilap tekan masa kelam kabut tu, boleh pulak app tu cakap false contraction, tak payah pergi hospital haha. Average tu hilang sebab Hana ambil screenshot ni keesokan harinya. Dah sampai hospital, tak ingat apa dah 😁

Tiba di Hospital Putrajaya dalam pukul 9.30pm, Hana terus inform nurse yang Hana dah rasa contraction setiap 5 minit dari pukul 6pm. Hana buat urine test, nurse pasang alat CTG, doktor datang check VE, 6cm dahhhh! Since when?? Haha! Hana bagitahu dekat doktor, Hana nak pergi PBBR. Tapi doktor cakap dah 6cm ni, puan kena tahan sini je la huehue šŸ˜‚

10PM

Selesai nurse ambil bacaan CTG, doktor buat RTK test Covid-19, Hana pun inform Hubby dan family Hana, kena tahan terus dah. Doktor cakap anytime dah boleh deliver šŸ˜…

Lebih kurang pukul 10.30pm lepas selesai registration semua, Hana terus ditolak masuk labour room dan perjuangan Hana pun bermula, kali ni tanpa Hubby Hana di sisi macam masa Harris dulu wuu. Yang ada, hanya face mask yang tak boleh dibukak even sekejap pun untuk tarik nafas, nanti nurse marah haha šŸ˜†

11PM

Tepat pukul 11.24pm, lahirlah seketul Hans Refqi. Alhamdulillah. Tak sangka tanggal 27 Mei 2021 tu baby boy Hana sorang ni tiba-tiba dah selamat lahir. Petang tu Hana huha huha lagi haha ingatkan banyak masa lagi šŸ˜‚

Hans Refqi lena tidur šŸ˜

Apa pun, Hana syukur Hana sempat ke hospital dan ikut jugak nasihat app ni. Sebab mulanya Hana ingat nak pergi esok pagi je, nak tidurkan Harris dulu sebab Harris belum wean off, Hana risau Harris tak boleh tidur tanpa Hana. Seumur hidup Harris 2 tahun 9 bulan, tak pernah berenggang dengan Hana, tak pernah tidur sendiri tanpa Hana wuu. Alhamdulillah, Harris goodboy, senang Mima tidurkan dia malam tu. Nasib baik jugak Hana hanya tidur di hospital satu malam je. Besoknya Hana dapat balik dengan baby Hans yeaa 🄰

Mommies yang tengah tunggu hari, boleh la cuba install contraction tracker app ni yaa. Bagi Hana, senang je cara guna app ni. Masa Harris dulu Hana ada guna jugak app lain, tapi Hana tekan-tekan tak jadi pulak haha.o

Oh ya, mommies jangan risau. Dalam app ni, tetap ada panduan penggunaan dan juga penerangan mengenai fasa contractions yang boleh dirujuk jika mommies perlukan penjelasan lanjut šŸ˜‰

Klik ikon šŸ“– untuk buka panduan dalam app hehe

Sekian perkongsian Hana ni semoga bermanfaat untuk mommies yang memerlukan šŸ˜

Berpantang hari ke-20,
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment