Posted in Hana Holiday, Hana Sharing

Glamping @ Dusun Bonda

Awal November 2021 lepas, Hana dan my extended family selamat berglamping di Dusun Bonda yang bertempat di Batang Kali, Selangor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Kuala Lumpur.

Apa Itu Glamping?

Glamping adalah terma yang menggabungkan Glamorous + Camping khas untuk mencipta pengalaman berkhemah dalam suasana yang serba selesa!

Kalau mommies yang ada anak kecil nak bercamping tapi risaukan renyah di hutan, Dusun Bonda yang family-friendly ni la tempatnya 😍

Check In

Masa untuk check in bermula pada jam 2.30 PM tetapi pengunjung boleh tiba seawal jam 12.30 PM untuk mandi sungai sambil menggunakan amenities yang ada!

Ohya! Kawasan carpark pun tak jauh dari entrance. Senang jugak nak angkat luggage sebab troli turut disediakan oleh pihak Dusun Bonda untuk digunakan para pengunjung.

Carpark

Untuk pengetahuan mommies, antara syarat utama untuk pengunjung adalah lengkap dua dos vaksinasi. Bacaan suhu badan juga diperiksa dengan teliti oleh staff di pintu masuk atau juga dipanggil Rumah Atok.

Kawasan entrance

Pantry Hall

Selesai sahaja check in MySejahtera, Hana dan family terus ke pantry hall untuk lunch. Kami dah tapau siap-siap dah dari rumah haha.

Dekat pantry hall ni, ada disediakan meja makan, kerusi, peti sejuk dan juga Coway water dispenser, lengkap dengan hot water dan cold water. Senangggg tak payah susah-susah dah bawak air minum dari rumah 😁

Makan-makan bersama family di pantry hall

Board Games

Dekat pantry hall ni juga turut disediakan permainan tradisional iaitu congkak, Sahibba dan carrom board. Pengunjung boleh lah bonding time dengan family tanpa gadget 😄

WiFi & Telco

Ohhh! Sini tak ada free wifi tauu. Perkhidmatan wifi berbayar di Dusun Bonda pula macam tak berbaloi sebab signal tetap tak kuat dan data sikit je hehe.

Line telco yang ada pula hanyalah Celcom. Digi, U Mobile & Maxis tak ada! Bolehlah fokus pada aktiviti glamping kikiki 🤭

Sungai Ulu Tamu

Dah makan, jom mandi sungai private sejukkkk niii! 🥶

Walaupun air cetek separas lutut dewasa, arus agak deras. Nak terbalik jugak la masa Hana lintas sungai ke hulur ke hilir! Batuan di dasar pun agak tajam, jadi lebih baik pakai aquashoes kalau ada.

Selesai mandi sungai, kami terus ke bell tent kami! Masa yang ditunggu-tungguuu 💕

Penginapan

Di Dusun Bonda ni, ada beberapa jenis penginapan. Antaranya Studio Villa dan Bell Tent.


Studio Villa

Kalau mommies perlukan kemudahan seperti di rumah, e.g. aircond, TV dengan NJoi, dan mini fridge, kettle, etc, mommies boleh pilih Studio Villa untuk keselesaan seisi keluarga. Kapasiti maksimum adalah 5 dewasa dan 1 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Studio Villa A & B

Bell Tent

Untuk Bell Tent pula, terdapat dua pilihan lokasi iaitu samada Hillside atau Riverside.

Bell Tent dengan 2x queen beds dan 2x kipas

Dilengkapi private gazebo, kapasiti maksimum untuk bell tent adalah 4 dewasa dan 1 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Private gazebo kami di Bell Tent 4F

Bell Tent turut dilengkapi dengan private bathrooms yang terletak bersebelahan je.

Oh ya. Untuk pengetahuan mommies, tuala tidak disediakan tau. Begitu juga dengan daily housekeeping. Namun basic toiletries seperti sabun, shampoo, dan hand wash tetap ada. Shower dan water heater punnnn adaa! 😉

Premium Bell Tent

Sama seperti Bell Tent pula, Premium Bell Tent juga terdapat dua pilihan lokasi; Hillside atau Riverside.

Premium Bell Tent dengan 3x queen beds, 2x kipas dan 1x portable air-cond

Manakala kapasiti untuk Premium Bell Tent adalah 6 dewasa atau 7 orang termasuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Turut dilengkapi private bathrooms, Premium Bell Tent mempunyai private gazebo yang lengkap dengan sink dan dapur memasak berbanding Bell Tent biasa yang hanya lengkap dengan meja, kerusi dan paip air basuh tangan 😂

Private gazebo kami di Premium Bell Tent 5B

Ruang Memasak

Untuk pengunjung yang ingin memasak selain di private gazebo, terdapat dua common areas yang disediakan iaitu Riverside Tamu Hall dan Hillside BBQ Patio.

Item yang tersedia antaranya adalah toaster, rice cooker, fridge, kettle, microwave oven, water dispenser, dapur memasak beserta kuali dan periuk, cutleries, cutting board, pinggan mangkuk, cawan, sabun basuh pinggan dan lain-lain.

Meja dan kerusi pun ada 😉

Playground & Surau

Antara kemudahan lain adalah playground dan surau. Untuk musim Covid ni, pengunjung digalakkan untuk membawa sejadah dan telekung masing-masing bagi memastikan kebersihan dan keselamatan semua.

BBQ Night

Aktiviti Hana and family pada sebelah malam adalah BBQ!

Bonfire 🔥

Kalau cuaca elok tak hujan, para pengunjung boleh ke bonfire site yang disediakan pihak Dusun Bonda.

Dinyalakan bermula jam 9 PM hanya pada malam weekend, semua pengunjung boleh berkumpul sambil menikmati keindahan malam.

Panas jugak duduk dekat-dekat bonfire ni haha 🔥

Night @ Dusun Bonda

Lepas lepak-lepak sekejap, Hana dan family pun berjalan-jalan sekitar dusun ni. Suasana sangat cantikkkk sebab lampu lip lap meriah! ✨

Lampu di sekitar Dusun Bonda akan ditutup pada jam 11 PM kecuali lampu di Bell Tent masing-masing.

Tapi pukul 1 AM macam tu, ada staff yang datang tutup lampu Bell Tent kitorang. Takutt Hana bila semua gelap haha nasib baik ada lampu tidur bajet lantern 😂

Menjelang tengah malam, baru terasa sejukkkk dek kedinginan hutan dan alam walaupun tak hujan 🥶

Terjaga dekat pukul 5 AM, Hana and Hubby ngopi berdua di private gazebo sementara Harris & Hans belum bangun hehe ☕

Suasana Bell Tent Hana pada waktu Subuh

Breakfast

Breakfast akan dihidangkan di private gazebo bermula jam 7.30 AM. Sedappp walaupun menu hidangan simple! 😋

Swimming Pool

Selesai breakfast, jom mandi swimming pool! Menariknya mengenai swimming pool Dusun Bonda ni adalah, airnya adalah air sungai yang dipam masuk ke dalam kolam!

Check Out

Habis mandi swimming pool, kami ulang semula mandi sungai. Semua seronok macam tak ingat nak kena check out dah by 12 PM! 😂

Rajin kannn Harris and Hans baca buku hahaha Momma is so proud of both of you, boys 😘

Untuk family staycation ni, Hana and family menginap di dua buah unit penginapan iaitu Bell Tent dan Premium Bell Tent dengan jumlah harga RM1,300 untuk 2D1N. Memang berbaloi dengan pengalaman baru berglamping ni!

Overall, resort Dusun Bonda memang best! Suasana tenang tanpa hiruk pikuk kota, sesuai untuk seluruh keluarga beristirehat. Cuma waktu siang panas sikit haha 😅

Okay boys let’s go home! 🏡

Seluruh kawasan resort adalah accessible by stroller 😁

Untuk info lanjut mengenai harga dan lokasi, boleh ke website Dusun Bonda ya 😍

Yang suka holiday!
Momma Hana 🌹

Unknown's avatar

Author:

Momma to Little Harris

Leave a comment