Baru-baru ni Harris join Momma dan Ayah mandi swimming pool rumah Grandma. Balik tu Harris terus demam selsema dan batuk 😭
Pergi klinik, macam biasa doktor memang bagi ubat demam paracetamol-250 je sebab untuk kanak-kanak bawah 2 tahun memang tak ada ubat batuk dan selsema yang sesuai. Apa-apa pun perlukan konsultasi dari doktor perubatan yang bertauliah ya.
Jadi untuk rawat batuk dan selsema Harris, Hana guna cara alternatif, iaitu sapu minyak garlic. Dari Harris umur 4 bulan sampai sekarang dah 16 bulan, Hana selalu buatkan Harris minyak garlic sendiri.
Kegunaan minyak garlic ni sama je macam balm garlic yang dijual di kedai. Cuma sebab ianya dibuat sendiri di rumah, maka ianya dinamakanlah homemade haha. Paling penting, homemade ni memang cost-effective tau! 🤑
Alhamdulillah bila Hana gunakan minyak garlic untuk Harris terutamanya masa Harris tak sihat dan demam, boleh nampak pengurangan ketara batuk dan selsema Harris. Kadang-kadang kahak ikut keluar dekat poopoo Harris. Kalau sapu dekat perut, dah boleh ganti minyak telon sebab Harris mesti potpot sakan 😆
Selalunya Hana sapu dan urut pada hidung Harris, belakang telinga, pergelangan tangan, dada, perut, tapak kaki, leher, dekat semua tempat yang boleh la ala ala Essential Oil (EO) gitteww hehe 😚
Hana cuba banyak kali jugak sebenarnya nak buat homemade garlic oil untuk Harris barulah dapat hasil yang menepati kehendak Hana. Bak kata pepatah Melayu, pengalaman mendewasakan kita heheh 😁
Ni Hana kongsikan bahan-bahan dan cara mudah yang Hana buat:
❤️ Bawang putih 1-2 ulas
Kupas kulit dan bakar kering.





