Lepas siap projek Arts & Crafts dengan Kakak Natalia, masa untuk bermain!
Caranya mudah je 😉
Sambil Harris sorong kereta mainan, Hana hanya perlu sebutkan warna-warna kereta dan juga warna petak parking yang sama! 🚗
PlaySchool kali ini memerlukan komunikasi dua hala yang tinggi sebab sifat semulajadi kanak-kanak yang memang suka bermain membuatkan Harris mudah terleka dan terlupa yang Momma ada di sebelah hahaha 😆
Semalam macam yang Hana cerita masa Hana jalan-jalan di TLM Baby Expo MITC Melaka, ada booth SSPN-i ni.
Makanya tanpa membuang masa Hana terus tarik Ayah Harris bertanyakan info lebih lanjut sebab sebelum ni Hana dah pernah layari laman web rasmi SSPN-i Plus ni tapi ada beberapa persoalan yang belum terungkai 😆
Apa itu SSPN-i Plus?
🤔🤔🤔
SSPN-i Plus ni adalah Pelan Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional di bawah PTPTN yang lengkap dengan Perlindungan Takaful Komprehensif serta merta untuk anak-anak kita sekiranya berlaku apa-apa kepada kita.