Ingat lagi tak aktiviti Arts & Crafts Squishy Stress Ball Hana dengan Kakak Natalia? Dengan crafting yang sama, kali ni Hana buat PlaySchool Emoji Balloons dengan Harris pula 😊
Untuk Harris, Hana bubuh googly eyes dekat Emoji Balloons ni 👀
Ta-Daaa
Comel kan hehe. Googly eyes tu Ayah Harris baru beli dekat kedai Mr DIY. Jom Hana nak lukiskan pelbagai reaksi muka mengikut jenis emosi 😍
Hasil mengumpul kulit telur sepanjang musim PKP ni, dapat Hana buat PlaySchool baru untuk Harris yeaa!
Nak sediakan PlaySchool Egg Throw! ni senang je hehe. Hana hanya isikan setitis watercolour dalam setiap satu kulit telur ni dan tambahkan sedikit air. Goncangkan kulit telur supaya watercolour terbancuh rata dengan air.
Kalau watercolour pekat sangat, nanti tak jadi corak berselerak. Kalau nak bancuh sampai penuh dalam kulit telur pun boleh tapi Hana buat sikit je. Jimat watercolour hahaha! 🤣
Hana guna warna merah, biru, kuning, hijau, oren dan coklat
Haa sambung lagi PlaySchool Harris dalam swimming pool. Kalau sebelum ni Harris buat eksperimen sains dengan objek tenggelam, kali ni Harris belajar buat eksperimen sains dengan objek yang terapung pula 😂
Harris hanya perlu kumpul semula semua plastic veges yang terapung di atas permukaan air dan masukkan ke dalam boat! Senang je kan! Jom tengok Youtube Harris 😁
Cara bermain PlaySchool ni mudah je. Harris hanya perlu lepaskan sunglass dan biarkan ia tenggelam ke dasar. Kemudian Harris hanya perlu ambil semula! Jom tengok YouTube Harris 😊
PlaySchool Harris bersempena Riang Ria Riadah Raya bersambung lagi 😂
Kali ni Hana bagi Harris buat eksprimen sains tau iaitu water bubbles. Macam mana? Jom tengok. Senang je hehe 😉
Hana hanya perlu cari botol air dengan pelbagai saiz muncung dan campakkan semuanya ke dalam swimming pool hahaha 😁
Botol air pelbagai bentuk
Kemudian, Harris hanya perlu tenggelamkan botol air dan biarkan air swimming pool mengisi ruang kosong botol air lalu menghasilkan water bubbles di permukaan air! Jom tengok YouTube Harris main water bubbles ni! 😍
Selamat Hari Raya AidilFitri mommies! Alhamdulillah dah Syawal ke-8 dah harini, sekejap je rasa kann? Em cuti raya Harris pun dah habis. So kena sambung PlaySchool dengan Teacher Momma balik la nampak gayanya hahaha 😜
Alhamdulillah raya kali ni Harris tetap dapat beraya dengan Atok & GrandMa, Papa & Ummi, Daddy & Mommy, Kakak Natalia & Noah, serta Mary & Snowy sebab rumah kami dekat-dekat je hehe! GrandMi dengan Abi Harris je tak ada sebab ada di Melaka 😢
Sebab raya kali ni juga tak boleh buat aktiviti menziarah, maka marilah kita beriadah! 🤣
Antara aktiviti Riang Ria Riadah Raya adalah mandi swimming pool jadi PlaySchool Harris kali ni pun dalam swimming pool jugak 😍
Hana hanya gunakan penapis air sebagai fishing net serta plastic veges dan bucket mainan sedia ada.
Bila nak start ni Momma 😍
Ambil semua dan campak masuk swimming pooooooool! Weee 🍋🍊🌽🥕🥦🌶️
Lepas sahur tadi Harris ajak Ayah Harris main. Terus Hana cakap jom main PlaySchool sama-sama 😍
PlaySchool harini fokus kepada sensory play iaitu mewarna guna watercolour dengan tapak kaki. Sebelum ni Harris dah pernah main watercolour dengan tapak tangan dah 😊
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti gambar di bawah.
Kertas kosong besar dan pinggan kertas
Kalau mommies ada kertas mahjong lagi senang. Sebab Hana tak ada, Hana tampal cantum kertas recycle je hahaha kreatif kann Hana? 😂