Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 55 – Painting On Polystyrene

Dah lama Harris tak main watercolour. Jadi projek PlaySchool hari ni, Harris buat painting. Tapi bukan atas kertas, kadbod atau ais. Kali ni atas polystyrene pula 😃

Bahan-bahan yang diperlukan adalah set berus lukisan, set watercolour dan papan polystyrene terpakai.

Tuang watercolour siap-siap

Hana hanya sediakan warna biru dan hijau untuk Harris warnakan pada permukaan polystyrene ni sebab Hana ada projek seterusnya. Projek apa? Nanti Hana bagitahu. Jom tengok Youtube Harris untuk PlaySchool Painting On Polystyrene ni dulu ya 😂

Continue reading “PlaySchool 55 – Painting On Polystyrene”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 54 – Brushing Teeth

Mommies ingat lagi tak PlaySchool Crocodile Bite! Harris yang kena tekan-tekan gigi buaya tu? 🐊

Untuk PlaySchool kali ni, masih menggunakan crocodile toy yang sama, tapi Harris belajar cara memberus gigi pula! 😁

Hana hanya sediakan berus gigi dan ubat gigi Harris yang dah tak digunakan, dan Hana buat gigi Mr. Croc ni nampak kotor macam ni hahaha 😂

Harris geli 😅

Seterusnya Hana biarkan Harris belajar cara memegang berus gigi dan cara meletakkan ubat gigi pada berus. Jom tengok Youtube cara Harris buat, passed tak? 😄

Continue reading “PlaySchool 54 – Brushing Teeth”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 53 – Vehicle Track Map

Kalau sebut anak lelaki, mesti tak lari dari main semua 🚗🚕🚓🚐🚑🚒🛵🏍️🚜🚛🚚🚝✈️⛵🚁🚀 ni kan?

Em tapi masa Hana kecil, Hana lagi suka main kereta dengan Papa Harris tau hahaha! Mungkin sebab faktor umur dekat berbanding umur Hana dengan Mommy Harris yang agak jauh 😅

Sebab tu jugak Hana happy sangat bila dapat tahu jantina Harris masa detailed scan dulu so Hana boleh main kereta dengan baby boy sama-sama nanti hahahaha 🤣

Jadi untuk PlaySchool Harris kali ni, Hana dengan Ayah Harris dah beli siap-siap playmat dengan road tracks! Tinggal letak kereta je 😁

Busy city 🏙️

Gentlemen! Start your engine! Vroom! 🚗💨

Bukan Harris dengan Ayah Harris je main. Natalia dengan Noah pun main sekali!

Continue reading “PlaySchool 53 – Vehicle Track Map”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 52 – Tunnel Tumble

Mommies yang dah biasa tengok PlaySchool Harris mesti tahu kan kadang-kadang Hana suka guna barang-barang recycle reuse reduce. Penangan jadi graduan alam sekitar kot naturally rasa sayang nak buang terus sebelum dimanfaatkan sebaiknya 😅

Kali ni Hana hanya simpan kotak beli air cooler je untuk Harris bermain jadi terowong. Buka dan susun secara melintang, sedia untuk dimain heheh 😜

Terkedek-kedek Harris 😅

Jom tengok YouTube Harris!

Continue reading “PlaySchool 52 – Tunnel Tumble”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 50 – Wonder Wheels: Airplane Avion

Harris suka sangat dengan aeroplanes dari masa baby dulu sampai sekarang! Mungkin sebab rumah tak jauh dari KLIA, hari-hari pagi petang memang boleh nampak aeroplanes lalu memenuhi ruang angkasa kami ewahh hehe ☺️

Jadi untuk PlaySchool kalini, Hana kongsikan reaksi Harris unboxing dan bermain set permainan Wonder Wheels: Airplane Avion! Eeeeonggg! ✈️

Mommy Harris yang bagi hadiah. TQSM Mommy 😘

Besar jugak tau Airplane ni! Jom tengok YouTube Harris!

Continue reading “PlaySchool 50 – Wonder Wheels: Airplane Avion”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 49 – Emoji Balloons

Hi mommies! ❤️

Ingat lagi tak aktiviti Arts & Crafts Squishy Stress Ball Hana dengan Kakak Natalia? Dengan crafting yang sama, kali ni Hana buat PlaySchool Emoji Balloons dengan Harris pula 😊

Untuk Harris, Hana bubuh googly eyes dekat Emoji Balloons ni 👀

Ta-Daaa

Comel kan hehe. Googly eyes tu Ayah Harris baru beli dekat kedai Mr DIY. Jom Hana nak lukiskan pelbagai reaksi muka mengikut jenis emosi 😍

Continue reading “PlaySchool 49 – Emoji Balloons”
Posted in Harris & Hans Edu, Harris & Hans Edutoys

PlaySchool 48 – Egg Throw!

Hasil mengumpul kulit telur sepanjang musim PKP ni, dapat Hana buat PlaySchool baru untuk Harris yeaa!

Nak sediakan PlaySchool Egg Throw! ni senang je hehe. Hana hanya isikan setitis watercolour dalam setiap satu kulit telur ni dan tambahkan sedikit air. Goncangkan kulit telur supaya watercolour terbancuh rata dengan air.

Kalau watercolour pekat sangat, nanti tak jadi corak berselerak. Kalau nak bancuh sampai penuh dalam kulit telur pun boleh tapi Hana buat sikit je. Jimat watercolour hahaha! 🤣

Hana guna warna merah, biru, kuning, hijau, oren dan coklat

Susun semula siap-siap atas egg tray 😊

Continue reading “PlaySchool 48 – Egg Throw!”