Harini Hana ke TLM Baby Expo di MITC Melaka yang bermula dari 6 Mac hingga 8 Mac 2020.
Tak silap Hana, ini baby expo yang pertama di Malaysia untuk tahun 2020 ni. Baby expo yang lain terutama di KL dan Selangor semuanya samada dibatalkan atau ditunda lantaran serangan wabak COVID-19 yang dah meningkat kepada 83 kes positif berbanding 55 kes positif sehari sebelum ๐ฐ
Syabas Hana ucapkan untuk pihak pengurusan MITC Melaka kerana menjalankan langkah saringan awal dengan mengambil suhu pengunjung di pintu masuk serta menggalakkan penggunaan hand sanitizer ๐
Selesai saringan suhu badan, Hana dan Ayah Harris pun melangkah masuk dengan gembira. Harris tak melangkah apa-apa sebab Harris sedap kena dukung selesa duduk dalam baby carrier je hahaha ๐

